Wednesday, December 28, 2011

DAGING GORENG KACANG PANJANG

Assalamualaikum....

Tetiba terasa nak makan daging goreng sangat2. Masa ondway balik umah ma hari tu ingat nak singgah la kat tepi jalan beli daging, tapi tak tersinggah sebabnya time tu hujan, dengan anak2 lagi dlm kete so niat tu berkubur saja la.

So masa jalan2 g Mydin tu beli la daging kt situ....kacang panjang pun beli terus la baru sesuai kan..esoknya terus buat daging goreng ni, berselera sungguh makan, k.yong siap meratah lagi...lama sangat xmakan daging goreng ni...yum yummy..



Bahan-bahan:

Daging - ikut suka banyak mana
Kacang Panjang - kalau seikat tu amik setengah je (potong)
Bawang Merah / Bawang Besar - 1 labu (hiris)
Lada Merah - xletak sebab anak2 xmakan pedas (hiris)
Sos Tiram - sesudu
Kicap Manis - sesudu
Garam
Kunyit serbuk
Ajinomoto - secubit
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Mula2 hiris daging nipis2 ikut melintang urat untuk cepat empuk. Masukkan dalam kuali dan masukkan sedikit air, kunyit serbuk, garam dan aji. Kemudian tutup kuali masak sehingga air hampir kering.

Apabila air sudah hampir kering masukkan minyak, kacau sebentar kemudian masukkan bawang merah, kacang panjang, lada merah, sos tiram dan kicap manis...kacau biar sebati hingga bawang layu, rasala...kalau nk tambah rasa boleh je...masukkan garam atau kicap manis sedikit.

Bila semua dah ok pada tekak angkatla tapi kalau nak daging sedikit garing goreng lama sedikit...kemudian angkat...

P/s: makan panas2 dengan nasi sungguh berselera

Tuesday, December 6, 2011

AIR - SANGAT PENTING UNTUK TUBUH




Tahukah anda bagaimana mengira berapa banyak air yang diperlukan di dalam tubuh anda? Untuk pengetahuan anda setiap tubuh manusia memerlukan kuantiti air yang berbeza mengikut berat badan seseorang. Cara mengira berapa liter air yang diperlukan di dalam tubuh kita ialah 25 dibahagi dengan berat anda. Sebagai contoh berat saya 50kg dibahagi dengan 25 bermakna tubuh saya memerlukan 2 liter air sehari. Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

PEMILIHAN MINYAK MASAK TERBAIK


Minyak masak menjadi satu kemestian apabila hendak memasak apa saja makanan terutama makanan yang digoreng. Hari ini terdapat pelbagai pilihan minyak masakan yang boleh didapati baik di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya.

Minyak masak boleh dihasilkan dari berbagai sumber seperti kelapa, kelapa sawit, jagung, soya, kacang dan bermacam lagi. Harganya pula berbeza-beza dan warna juga agak berlainan di antara satu jenis dengan jenis yang lain. Ada yang warnanya lebih pekat atau gelap, ada pula yang warnanya kekuningan dan hampir jernih. Warna ini tidaklah menunjukkan kualiti minyak itu sendiri. Tetapi tahukah anda apa perbezaan di antara minyak masak yang dihasilkan dari sumber-sumber yang pelbagai ini? Bagaimana untuk memilih minyak yang terbaik di antara semua jenis minyak ini.

Sebenarnya jenis-jenis minyak masak ini ada yang boleh memberi faedah kepada manusia dan sudah tentu juga yang membahayakan. Antara minyak masak yang baik untuk kesihatan ialah minyak zaitun (olive oil), minyak bunga matahari, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak dedak padi, minyak flaxseed dan lain-lain. Minyak kelapa sawit sebenarnya kurang berkhasiat kerana kandungan lemak tepunya adalah tinggi.

Lemak Tak Tepu, Lemak Trans & Lemak Tepu

Untuk memilih minyak masak yang baik, anda perlu membelek label nutrisi pada botolnya. Perhatikan komposisi terpenting lemak yang tersenarai seperti di bawah:

1. lemak trans (pastikan perkataan ini tidak disenaraikan)
2. lemak tepu atau saturated fat (lemak tidak baik)
3. lemak tak tepu atau unsaturated fat (lemak baik)
4. lemak poli tak tepu polyunsaturated fat (lemak baik)
5. lemak mono tak tepu atau mono unsaturated fat (lemak baik)

Biasanya pengusaha akan membahagikan komposisi di atas mengikut sukatan tertentu iaitu menyatakan sukatan setiap 100gram. Pengguna perlu cekap dan bijak membuat pengiraan kerana sebotol bersaiz 2 liter akan mengandungi kira-kira 1500gram minyak masak. Sebagai contoh, jika setiap 100gram mengandungi 45gram lemak tepu, bererti lemak tepunya hampir separuh dari jumlah kandungan botol tersebut dan minyak ini memang boleh mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Minyak yang baik biasanya mengandungi lemak tepu yang rendah, dari 0 hingga 14gram lemak tepu dalam setiap 100gram.
Minyak zaitun adalah minyak masak yang terbaik kerana kandungan lemak tepunya hampir tiada dan lemak tak tepu adalah tinggi sehingga mencapai 85gram dalam setiap 100gram.

Lemak tepu adalah merbahaya kerana ia tinggi kandungan kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), fungsinya mengangkut kolesterol dari organ hati ke arteri dan pengumpulan kolesterol dalam arteri boleh menyebabkan arteri tersumbat membawa kepada serangan jantung.

Pastikan juga lemak trans TIDAK TERSENARAI dalam komposisi lemak. Lemak trans lebih merbahayakan kesihatan kerana boleh membawa serangan jantung dan penyakit kanser.

Sebagai contoh, saya berikan 2 komposisi lemak yang saya dapati dari 2 botol minyak masak yang berlainan jenis:

Minyak Masak Jenama X:
Komposisi Jumlah Lemak: 14g
Tepu : 6.2g
Trans : 0g
Politaktepu: 1.7g
Monotaktepu : 6.1g

Minyak Masak Jenama Y:
Komposisi Jumlah Lemak : 13g
Tepu : 2.1g
Politaktepu : 4.6g
Monotaktepu : 6.3g

Minyak masak jenama manakah yg sepatutnya anda pilih untuk kebaikan kesihatan anda?
Saya tentu akan memilih jenama Y. Alasannya seperti berikut:

Pilihlah jumlah kandungan lemak tak tepu 2 kali LEBIH dari jumlah lemak tepu
dan tiada lemak trans. Jika lemak trans disenaraikan sebagai 0 gram, bererti minyak masak tersebut masih mengandungi lemak trans, kerana dalam komposisi 14 gram kuantitinya hampir tidak dapat dikesan - pengusaha akan meletakkan angka 0. Tetapi jika diambil sukatan dalam komposisi 2 atau 3 liter, sudah tentu anda akan mendapati bacaannya dalam unit gram.

Dalam kes di atas, minyak masak X adalah minyak kelapa sawit dan minyak masak Y adalah minyak dedak padi (rice bran oil). Saya akan memilih minyak dedak padi kerana kandungan lemak tepunya rendah dan lemak trans tidak tersenarai.

Minyak bunga matahari dan minyak dedak padi juga tidak merosakkan rasa masakan. Jangan dengar saranan oleh chef-chef masakan di TV kerana mereka dibayar untuk mempromosikan jenama minyak masak tertentu. Tidak dinafikan minyak zaitun harganya begitu tinggi. Lain-lain jenis minyak masak seperti minyak cap Bunga Raya, Cap Buruh yang tinggi kandungan tepu dan mengandungi lemak trans sepatutnya dilupuskan, bukan untuk dibotolkan dan dijual. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan "Tanpa Kolesterol" pada label botol tersebut kerana perkataan "Kolesterol" adalah subjektif. Ada kolesterol yang baik dan ada kolesterol yang tidak baik. Sebagai contoh, semata-mata kerana minyak masak jenama X mengandungi 6.2 gram lemak tepu dan 7.7 gram lemak tak tepu (lemak tepu kurang dari lemak tak tepu), pengusaha dengan mudahnya mendakwa ia tanpa kolesterol. Malangnya, minyak jenis ini digunakan oleh restoran-restoran, penjaja dan penebar roti canai untuk menjimatkan kos.
So, pastikan anda membuat pilihan yang bijak..bukan untuk orang lain tapi untuk diri anda sendiri dan keluarga anda. Selamat memilih....

Sunday, November 27, 2011

NASI ORANG PALING 'RAJIN'

Salam semua...

Alahai nak makan apala malam ni..perut rasa lapar, nasi ada tapi lauk dah habis...lauk yang tengahari tadi dah habis kena ngap..nak masak dah malas, hmm nak makan apa ek? nak buat cane tuk cepat boleh makan n simple? Haaa...IZ ada idea...jom sama2 tengok apa idea yang paling bernas sekali dari otak IZ ni..hehe..


Tengok ler apa yang ada dalam pinggan tu? Bunga? Bukanla....tu bunga hiasan kat tepi pinggan, hehe. Yang ni pun kena tulis resepi jugak ke? Xpayah la ek...haha, lagipun xtau nak tulis resepi cane...tapi kan...kalau perut tengah lapar, makan nasi camni pun laju je menyuap ke dalam mulut.

Selera je...ni la makanan yang IZ makan dgn anak2 tuk malam ni...bapaknye xada, dan disebabkan bapaknye xada la yang jadi macamni..makan ikut ada je. Ayam tu IZ goreng ayam segera je...jenama Ayamas punya yang bahagian kepak..

k.yong suka makan telur masak separuh gini tapi yang merah jela....sedap je nampak dia sedut telur merah yang separuh masak tu, yum yum yummy...Iman lak suka makan yang bahagian putih telur tu...so masing2 dah dapat bahagian. Selebihnya IZ ngap ler....errrggghhhh...alhamdulillah, habis sepinggan...tapi pinggan xmakan ler, hehe....

Saturday, November 26, 2011

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API

Salam semua.....

Telur itik ni dah lama IZ beli, lama x lama gak la...agak2 boleh makan lagi, hehe...duk dlm peti ais tak pe..time nak makan IZ goreng jela, tak pun rebus makan je dgn nasi...sedap gak tapi hari rasa nak makan telur itik masak lemak cili api je, santan pun ada so apalagi.....tangan ku yang runcing ni pantas je membuatnya....yang speselnya IZ tambah udang kat dalam tu..uih bestnya udang ni, besau2 lak tu....


Bahan-bahan

Telur itik - 4 biji
Udang - 7 ekor
Bawang Merah - 4 ulas
Bawang Putih - 2 ulas
Lada Kecik - 2 biji
Daun Kunyit - 1 helai kecik
Lengkuas - stgh inci
Kunyit Hidup - stgh inci
Serai - 1 batang
Santan kotak yg kecik
Garam
Gula

Cara-cara

Mula2 tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan lada sampai hancur.
Kemudian masukkan ke dalam periuk yang telah dimasukkan air...biarkan mendidih (boleh ltk trs serai yang telah diketuk).

Kemudian masukkan santan, biarkan mendidih dan bolehla pecah kan telur tadi satu persatu..jangan kacau dulu, kalau x nanti telur akan hancur..masukkan sekali udang..biarkan seketika barulah dikacau. Pastu masukkan garam dan gula...

p/s: org kata masak telur itik ni sedap kalau letak belimbing buluh..tapi xpenah try...

Monday, November 21, 2011

MEE GORENG SIMPLE

Salam semua...hmmm tghr td dah makan nasi, malam ni rasa nak tukar menu la plak, pekena mee goreng ok gak ni...huhu. so IZ pun buatla mee goreng yang sesuai dgn anak tekak kami sekeluarga...kebetulan bahan2 dah cukup lengkap dlm peti, so apalagi...bikin ler......1 bungkus mee ni cukup utk kitorg 4 beranak makan...byk tu, uih makan ke apa nih? ank2 dh ler kecik lg, byk mn je diorg mkn kan...hehe...

Bahan-bahan:

Mee Kuning - 1 bungkus
Ayam
Udang
Sotong
Bawang putih - 2 ulas (ketuk)
Bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
Sawi - 1 ikat
Kubis - ikt suka
Carrot - ikt suka
Buah tomato -1 biji
Kicap manis
Sos tiram
Sos Cili
Sos Tomato

Cara-cara:

Cara2nya sangat simple sesuai dgn nama resepi ni...tumis je bawang putih hingga naik bau, pastu ltk ler ayam, tumis lagi....masukkan sotong dan udang, tumis lagi sampai masak, n then bolehla masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili dan sos tomato ( sume ni aku agk2 je bia cukup dgn 1 bungkus mee tu ). Tumis sekejap n then masukkan carrot, goreng sekejap sbb carrot ni keras ckit, pastu bolehla masukkan sawi, kubis dan bawang besar td....masukkan terus mee...masak sampai masak la k....kalau rasa kurang nmpk hitam boleh tambah kicap lagi time ni...last skali baru masukkan buah tomato....ha dh masak tu blh ler hidang. Tapi makan mee goreng ni xlengkap kalau xde keropok keping, nasib baik la my hubby rajin goreng keropok....alahai bagusnya laki IZ ni....



p/s: mee tu dibasuh terlebih dahulu k....


Saturday, November 19, 2011

KING OYSTER MUSHROOM SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM....

Haaaa entry kali ni IZ nak letak psl king oyster mushroom...ala cendawan yang besau tu. Sebenarnya IZ xpenah masak cendawan ni..hehe...selalu tgk kalau pegi pasaraya tp xpenah beli...so disebabkan xpenah rasa jd IZ pun nak try test la, so IZ pun beli ler...korang kenal x cendawan ni cane rupa dia? ha meh cni IZ tunjuk...kasi lu org tgk...eh ada ke org nk tgk blog IZ ni? kuikui....xpela, IZ sendiri la tgk....haha....


Haaaa ni la rupa dia....besau kan, sesuaila dgn nama dia king...em rasa dia pun not bad la bg penggemar cendawan dan bagi yang suka mencuba....apalagi jom layan resepi yang IZ buat..ala simple dimple je...mcmni la hasilnya lps siap dimasak....tapi campur dgn sawi ckit nak bg nmpk ada warna....


Bahan-bahan

Cendawan King Oyster - 4 batang
Sawi - 1 ikat
Ayam - blh gak ltk sotong atau udang, lg sedap
Bawang Besar - separuh je
Bawang putih - 1 ulas
Lada hitam - ckit je
Sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Air

Cara-cara

Tumbuk bwg putih dgn lada hitam, pastu tumis sekejap, n then masukkan isi ayam, goreng sekejap...masukkan bawang besar yang telah dihiris...kemudian masukkan cendawan dan sawi....bolehla dimasukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan sedikit air...bg ada kuah ckit...pastu blhla rasa samada cendawan tu dh msk ke blm, klu xkeras tu ok la....bolehla angkat dan hidangkan....

p/s: blh tmbh carrot atau brokoli....lg warna warni....

Wednesday, November 16, 2011

LIDAH LEMBU GORENG DAN SUP LIDAH

ASSALAMUALAIKUM....

Raya haji tahun ni belah mertua IZ buat aqiqah....so mak mertua kesayangan IZ bagi part lidah kat kitorg, IZ pun buat balik umah ler...pebret lidah ni, sedap...pebret suami dan ank2 campur IZ sekali..hehe...tapi biasa IZ beli je kalau nak makan, kali ni kena buat sendiri..xpenah IZ proses sendiri lidah ni tapi disebabkan dah ada di depan mata, so IZ bikin la ikut cara IZ...habis dan licin gak kitorg tibai....yang silapnya, IZ lupa nak snap lidah y masih belum dimasak...


Bahan-bahan

Lidah Lembu
Bawang putih - 1 ulas
Bawang besar - 1 ulas (pilih yang besar)
Lada - xltk
Sos Tiram
Garam
Serbuk Perasa

Cara-cara

Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan lidah yang telah dihiris, goreng sebentar dan masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa...kacau biar sebati dan masukkan bawang besar beserta lada. Kacau sebati dan hidangkan ler....

p/s: lidah tu perlu direbus terlebih dahulu, kemudian buang kulit luarnya. Rebus lagi sekali sampai dagingnya empuk. Bolehla dihiris kecil2 untuk digoreng dan dibuat sup.


########################################

Versi kat atas tu goreng, kali ni aku buat sup...tapi pada hari yang sama. Yela makan nasi tak berkuah ni kurang sedap. Kot2 mana pun kuah mesti ada, anak2 nak makan...kenala bagi yang berkuah kan...nanti tak tertelan pulak nasi tu....



Bahan-bahan

Lidah
Perencah Sup (y dlm paket plastik)
Bawang putih
Halia
Kiub Ayam
Stok Pekat Ayam Maggi
Batang Saderi - xltk sbb xde
Ubi kentang
Daun Sup - xltk sbb xde
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

Tumis perencah sup ( bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis), masukkan bawang putih dan halia...tumis hingga naik bau. Masukkan air untuk kuahnya, jgn lupa ltk perencah sup yang berbalut dgn kain putih tu k...ketuk2 ckit...dan ubi kentang..apabila mendidih masukkan lidah, kiub ayam, stok pekat ayam, garam, serbuk perasa dan batang saderi. Bila dh masak boleh ler ltkkan daun sup dan hidang....

SAMBAL IKAN BILIS


ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama x pekena sambal ikan bilis ni, so hari ni kena buat sambal ikan bilis la. Tapi anak2 xmkn sbb tkt pedas...en suami cukup suka sambal ikan bilis ni...ratah gtu pun xpe, cicah dgn ayam goreng, ikan goreng, telur dadar pun best....my hubby mkn dgn roti je...



Bahan-bahan

Ikan bilis segenggam
Bawang merah - blend (3 sudu besar)
Bawang putih - blend (1 sudu besar)
Lada kering - blend (2 sudu besar)
Belacan - xltk sbb suami ada resdung
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Stok Pekat Ayam meggi
Gula n garam

Cara-cara

Mula2 sekali tumbuk ikan bilis (ambil dalam sejemput gtu, selebihnya tinggal). Tumis je bahan2 y di blend td dan ltk ikan bilis y ditumbuk tadi.....tumis sampai masak n then letak la semua jns sos tadi, garam n gula...tumis lagi n last sekali letakla ikan bilis tu.....masak sampai masak ler...angkat n ngap ler, apa lagi....

p/s: untuk memudahkan urusan memasak ni, IZ mmg dh siap2 blend bwg putih, bwg merah n lada kering ( semua blend asing n ltk dlm bks asing2) pastu ltk dlm peti sejuk. Ini petua mak mertua IZ, IZ ikut je la tp mmg mudah n cepat.

SUP CENDAWAN DAUN KUNYIT

ASSALAMUALAIKUM....
Semalam pegi Tesco, selalu pegi pasaraya mesti beli brokoli dan cendawan tiram. Anak2 lak suka makan brokoli....so hari ni rasa nak buat sup cendawan + brokoli...makan panas2 sedap ni..yum yum...nak lak rasa aroma daun kunyit tu...kebetulan anak susah buang air besau, bg mkn sup mcm ni mn tau baik....klu xnak ltk brokoli pun xpe gak, dan klu y jns xsuka daun kunyit tu xltk pun it's ok..no poblem...huhu



Bahan-bahan

Brokoli - 1 kuntum
Cendawan - ikt suka nk ltk byk mn
Ayam - letak part kaki, kepak, leher (bhgn xbyk isi)
Bawang putih - 1 atau 2 ulas - tumbuk
Daun kunyit - 1 helai ( hiris halus)
Kiub Ayam - separuh je
Lada hitam - tumbuk
Sos tiram - ltk ckit je
Garam - secukup rasa

Cara-cara

Tumis bawang putih dan lada hitam, pastu letak ayam...masukkan air, biar mendidih...pastu ltk kiub ayam, garam n sos tiram. Bolehla masukkan brokoli dan cendawan....n last sekali ltk ler daun kunyit tu..n rasa sedap di tekak sendiri so blh la tutupkan api.....mudah dan cepat....

p/s: kpd penggemar kaki ayam, lps ltk air tu biar mendidih lm ckit agar kaki ayam tu empuk.




AYAM GORENG AKU PUNYA


ASSALAMULAIKUM....

Huhu...goreng banyak td tp ni je tggl, lupa nk snap sblm mkn tengahari td.....sume bahagian drumstik, bahagian pebret my family. Iman cukup suka mkn part ni tp dia suka pegang tulang je n makan sambil lari2....mkn sambil main. Hmmmmmmm.....nnt IZ ltk gmbr y lbh menarik, kasi tukar...opss gambar sudah ditukar, nampak lagi menarikla...sedapnyer...

Bahan-bahan

Ayam - paha 5 ketul (bahagian mn2 pun xpe)
Bawang Merah - 5 biji
Lada Kering - blend
Halia - stgh inci (agak2)
Lengkuas - stgh inci (agak2)
Serai - 1 batang
Kunyit - stgh inci (agak2)
Serbuk Ketumbar - 2 sudu kecil
Serbuk Jintan Manis - 1 sudu kecil
Garam
Gula

Cara-cara:

Semua bahan2 tu ditumbuk sampai hancur la....klu mls blend je. Dari segi kuantiti bahan tu ikt suka k....lebih pun xpe, nnt blh goreng kasi rangup pastu tabur atas ayam bila dh masak, baru nampak cantik...IZ just pakai campak2 je, rasa cam dah ok tu okla kan....pastu perap sejam, lg lama lg bgs...br sume bhn perap sebati dgn isi ayam tu....n then goreng dgn api sederhana je br paha tu msk...




p/s: jgn lupa kelar ckit paha ayam tu nk bg msk kt dlm...IZ punya cara, goreng dlu ayam tu sampai garing pastu ltk dlm oven kasi masak y bahagian dalam, lbh kurang 10mnt gtu je....huhu. klu nak goreng bg trs msk pun xpe....ikt suka masing2.

MEE REBUS / MEE UDANG


ASSALAMUALAIKUM...
Taraaaaaaa....dh siap dh mee rebus IZ, hehe. Nampak simple je tp sedap...hehe, puji diri sdri r kan, saper lg nak puji yer x? Nak tau cane resepi dia? boleh aje....sape2 yang suka msk y simple dimple tu blh r try....insyaallah jd. 

IZ buat ni tuk nak mkn 2org je....anak2 mkn skali...kat cni IZ letak dua2 gambar mee rebus / mee udang sekali gus sebabnya resepi sama cuma IZ tambah udang je. Udang tu harus yang besar2 la baru nampak menggiurkan...hehe..tapi bukan hari yang sama la IZ buat...snap awal2 dan simpan dulu baru upload kat sini...




Bahan-bahan:

Mee Kuning (1 paket bahagi 2)
Ayam ( blh tmbh udang, sotong n daging)
Sayur Sawi n Kubis
Buah Tomato - 1 biji
Bwg Putih - 1 ulas
Lada Hitam
Sos Tiram
Stok Ayam Pekat Maggi ( xde pun xpe)
Daun Sup (xltk sbb xde)
Telur - 1 biji
Air - utk kuah
Bawang goreng - goreng sendiri k (guna bawang merah tau)

Cara-cara:

Mula2 tumbuk bwg putih n lada hitam. Pastu tumis dan masukkan aym ( blh ltk sotong n udang), n then masukkan air, sos tiram, stok ayam pekat maggi, garam n aji biarkan sampai mendidih. then boleh la msukkan sayur dan telur n buah tomato..

Haa bila dh masak blh la rasa tawau ke x...klu dh rs sesedap rasa tu blh la ttpkan api. Kemudia ltk mee dalam pinggan n curahkan kuah mee td...hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Boleh perahkan asam limau nipis klu suka.

Untuk sos kicap:

Makan mee rebus ni lagi sedap kalau ada sos kicap. IZ punya stail sos kicap ni just hiris cili padi n ltk dlm mangkuk. pastu ltk kicap n masukkan sedikit myk bijan, cuka dan garam secubit. Sedap ltk myk bijan dlm sos kicap ni tau....try ler

p/s: mee tu jgn lupa basuh dlu dan rebus sebentar..al-maklum mee ni byk kapur....

Monday, November 14, 2011


Assalamualaikum...

Menjadi seorang ibu sangat menakjubkan. Dari pengalaman mengandung, melahirkan, berpantang, menjaga putra putri ku, dan mendidik mereka merupakan pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Bertitik tolak dari itu aku berazam untuk menjadi seorang ibu yang sangat penyayang untuk jantung hatiku..

Di ruangan ini akan aku selitkan kisah suka duka membesarkan mereka. Kesabaran sangat penting, jadi sabarlah...dengan pelbagai kerenah mereka, telatah mereka...yang lucu, yang sedih, yang geram, yang manja, dan macam2 yang lagi la.

Cantikkan gambar diorang tdo atas rama2 tu.....gambar btl tu, haha. diorg pun xsedar...lena sgt tdo sampai rama2 tu bw diorg g keliling dunia pun diorg xtau....hehe.....


BATUK DAN SELSEMA

Musim hujan ni anak2 tersayangku batuk dan selesema. Dua2 sekaligus lak tu, yela penyakit berjangkitkan mmg mdh la berjangkit. Bila dah terkena penyakit ni nak tido pun susah...terutama waktu malam. Memang kena berjaga la...anak2 aku ni pulak bab makan ubat mmg terkenal dgn kepayahannya. Nak xnak mmg kena paksa rela, tu pun kena thn telinga r dengar diorg menangis. Ubat yang diberi pulak banyak yang kluar dari masuk dalam mulut. Hmm sabo jela...

Sebenarnya bila ank2 kita terkena simpton batuk dan selsema ni akan memberi kita satu cabaran. Mana tak nya kan...yela dengan susah tidonya, menangisnya, merengeknya dengan mcm2 perangai. Memang sedikit sebanyak mencabar kesabaran kita. Tapi tu la dikatakan pengorbanan ibubapa.....sabar mmg kena byk sabar...doa tetap kena doa...yela sape xsayang anak kan....

Ubat-ubat y biasa aku bagi bila diorg terkena simpton2 ni:

1) Ubat dari klinik @ farmasi - ubat air ( susah nak jln, susah mkn ubt), ubat titik kt hidung ( okla ltk time diorg tdo tp bby kecik blh la, klu dh y umo 3 thn tu mmg akn ngs wpun ltk time tdo).

2) Vicks - yang ni ok, xde masalah klu sapu kt blkg, dada n tapak kaki ( tp ada gak mslh, bau kuat sgt tp aku dh tkr ke vicks y krg ckit bau dia ( BabyBalsam nm dia, biasa ltk Vicks VapoRub tp bau kuat sgt).

3) Myk yuyi cap limau - yang ni pun ok gak.

4) Kunyit Hidup - haa yng ni klu sume ubt2 kt ats xde blh la ltk kunyit kt batang hidung. Kunyit ni bagus gak coz ia boleh mencairkan hingus dan akn kuar dgn sendiri...
Itu jela ubat yang paling mujarab utk anak2 aku. ubat. ibu doakan ank2 ibu segera sembuh k...sayang ank2 ibu..muah5....




Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Haji

ASSALAMUALAIKUM....

Rasanya baru je kita raya puasa kan...alih2 dh nak raya haji dah pun. Hmm cpt betul masa berlalu...sedar x sedar thn 2011 pun dh nak hbs, umo pun makin meningkat...alahai, dh tua ke? blm la...masih muda remaja...hehe. Tahun ni aku punya family x korban...tapi belah mertua ada buat korban.

Banyak sgt kelebihan dalam bulan ni kan. Tapi klu banyak n xbuat xguna gak kan? Klu xde rezeki lagi nak pegi buat haji tu boleh aje buat amalan sunat yang senang2....berzikir, berpuasa...ha kan mudah, mudah pun klu xbiasa buat jd susah gak...tul x? jadi dikesempatan kita yang masih ada ni, amal-amalkanlah perkara sunat. Insyaallah hidp lebih bererti disamping bekalan kita di akhirat kelak...amin.


Kelebihan melakukan ibadah korban

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.

Friday, October 28, 2011

Hujan...bah..banjir




Now dh nk msk bln 11, bulan bah..hrp2 umah aku xbanjir ler thn ni. Tp thn lps xbanjir..hehe...alhamdulillah. Aku igt lg thn y kwsn umh aku ni kena banjir, ui mmg tkt r...bkn tkt apa, tkt air msk dlm umh. hbs la brg2 aku y berharga ni wpun xmhl...hihi. tp sayang tu. Aku duk kwsn perumaha, 1 taman ni banjir..1 lajuran kwsn umh aku ni sume air dh msk lam rumah kecuali umh aku. pelik x? Alhamdulillah, Allah maha berkuasa kan. Mayb umh aku tggi ckit kot...tp rs cam sm je, ntahla. Tapi kitorg mmg xtdo mlm r, Xlena nk tdo, duk berjaga. Cina2 kt dpn umh aku ni pun xtdo gak...duk tggu air naik...haha, kelakar tul. Bkn nk kemas brg, tp tggu air naik..apala.

Tp best gak time banjir ni kan. Igt lg zaman aku kecik2 dlu, ms kt kg..ms tu arwah atuk n nenek aku msh ada. Hui mmg best giler time tu tp skrg dh xmerasa dh. Masa tu aku, adk aku, n mak sedara aku. kitorg suka memancing, ala guna kayu je. Mengail ikan puyu...best ikn puyu ni. 1 lg kitorg suka buat time hujan, tahan ikan dgn pukat. kitorg xkisah kena hjn, bdn dh kebal, xdemam punya...hehe, ckp besau lak ek....tp alhamdulillah mmg xdemam. time hjn ler kitorg g tgk samada ikan tu mengena ke x dkt pukat tu. Hah, sah kena....byk..mcm2 ada, ikn puyu, keli, haruan, sepat, belut pun ada...adui sume pebret aku ni. Sedapnya....Ikn sepat tu klu grg garing fuh mmg terangkat, krupkrap krupkrap time mkn...rangup.

Pastu dkt kg sebelah kg aku mmg selalu banjir, kt sekolah rendah aku dlu pun mmg akn banjir...skolah mmg tutup r. Ha time ni la kitorg bertiga g main air....mmg ramai org. ramai y tgk je...y main bdk2 mcm kitorg ni ler...bes mandi, main hjn...hehe.

Opps ada 1 lg pebret kitorg time hjn ni...pegi kutip kulat sisir. ha kitorg g kutip time hjn ler...best, sambil kutip leh main hjn. Bgs x kitorg? Arwah nenek kitorg lak xkisah, main la nk main pun sbb kitorg xdemam pun. Klu demam kompem dia xbg main hjn kan...huhu. Kitorg ajk jiran2 sebelah g kutip kulat tu, sume join. kulat ni sume org suka mkn...kutip byk2 pun xpe coz nnt time pns leh jemur kering, leh simpan lm....kulat ni klu gorng dgn telur sodapnya. zaman skrg ni nk mkn kulat ni pun kena bl kan. Dlu kan rm1 je 1 tin, skrg ni dh rm2...xde dh nk free2....xde dh nk pegi kutip...dan zaman tu pun dh xde. kitorg bersaudara sume dh kawin, dh ada ank pun...huhu....


Alahai ulser...nikmati kesakitan itu



Aduyai...sakitkan kena ulser ni. Nak makan minum even telan air liur pun sakit. Kenapa ia terjadi? Tidak dapat dipastikan dengan tepat tp rasanya sebab mulut xbersih agaknya kan....Aku tersangat lah selalu kena ulser mulut ni, sampai 3 biji sekali naik. pernah gak kena ulser tekak..dokt ckp tonsil pastu dia bg ubt nk ok..ok back to ulser mulut k, mmg menderita la klu kena ulser ni. Mak aku pun ckp pelik sbb aku selalu kena ulser ni.Y plg aku xfhm, yang ni br je nk baik, dh naik y baru plak...ee mmg xfhm..aku xkira pasni bl dh sembuh sepenuhnya mmg kena g jupe dokt gigi...biar dia buang semua kekotoran yang ada kat dalam mulut aku..karang gigi, tahi gigi..sume lah...aku nk tgk pasni ulser naik lagi ke x. klu x naik tu mmg kompem r mlt aku kotor..kuikui...tapi rsnya gosok gigi 2, 3 kali sehri dah...mayb sbb karang gigi kot.

Mesti ramai geng2 kat luar sana yang penah dan selalu kena ulser ni kan? Samala kita, mmg blh jd geng ulser la kita ni...haha. Klu aku tubuhkan kelab ulser jd x? hihi...adui apa aku melalut ni, Allah bg kita penyakit sbb nk suh kita igt kt dia, nk suh lidah kita selalu berzikir....sbb jrg berzikir kot yang mulut dan lidah kita ni selalu kena ulser? Hmm apapun tya pd diri masing2 ler kan...bab kita dgn Allah ni hanya kita dan Allah je yang tau. Selalulah berdoa moga penyakit cpt sembuh dan tidak berulang...Amin.

Aku kalau kena ulser ni dh try mcm2 ubat. Asam keping, bonjela, listerin, mentega, sume dh guna tp 1 pun xjln. last2 aku bio gtu je...lantakla ko. Tp sakit woooooooo....now kena dkt dgn gigi geraham bongsu, nun jauh di sana. nk ltk ubt pun pyh, kiri kanan lak tu. kat tekak pun dh rs skt nk menelan ni, bdn dh sejuk panas ni. kunyah mknn mmg x hancus ler jwbnya...telan je tp lbh elok klu mkn nasi air je. sedap gak kan nasi air ni....pastu aku mkn aiskrim jela. org ckp mkn aiskrim vanila leh baik. tp org kata klu ulser bdn kita pns kan, leh r mnm air cap badak..huhu... hrp2 cptla baik.

Kepada sesape yang yang ubat y paling mujarab dan kompem tidak akan berulang lg penyakit ni di harap tlgla share...uwaaaaaaa....time kasih.