Tahukah anda bagaimana mengira berapa banyak air yang diperlukan
di dalam tubuh anda? Untuk pengetahuan anda setiap tubuh manusia memerlukan
kuantiti air yang berbeza mengikut berat badan seseorang. Cara mengira berapa
liter air yang diperlukan di dalam tubuh kita ialah 25 dibahagi dengan berat
anda. Sebagai contoh berat saya 50kg dibahagi dengan 25 bermakna tubuh saya
memerlukan 2 liter air sehari. Air sememangnya keperluan di dalam hidupan
harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti
anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan?
Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap
tubuh badan.
1.
Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan
metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.Tukarkan air
manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit
air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda
juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan
air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.Apabila anda minum air yang
sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia
membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air
membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini
kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.Terutama
sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk
minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda
mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah
anda keseluruh badan.
3. Air
mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri
daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi
(kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.Apabila anda berasa
haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.Untuk
memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba
untuk minum dengan lebih kerap.
4.
Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan
otot di dalam badan.Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan
senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5.
Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan
minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda
perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air
suam bersama mereka. Tidak kira masa.Dan apabila diperhatikan kulit muka
mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.Apabila anda
dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara.
Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak
lebih muda dan cantik.Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan
peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air
melancarkan proses penghadaman.
Selain
serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan
buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.Apabila
anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan
menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk
anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air
mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai
yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air
kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan
menyebabkan batu karang.Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing
yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah
anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum
sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air.
Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam
ataupun air mineral. Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum
air juga turut bertambah.
comel la 2 budak kat atas tu
ReplyDeletethanx...blh tau sape ni?
Delete