Thursday, December 27, 2012

I'M PREGNANT.....AGAIN...HIHI

 
ASSALAMUALAIKUM....
 
Hai my readers.....aha,....lamanya IZ tak ke udara, eh tak berblog ni kan...maklumla macam yg u olls baca tajuk entry hari ni I'M PREGNANT...huhu, so kemalasan tu sangat mengikat diri ini untuk berblog. Rasa pening, mual semua ada...memang tak selesa sangat2 tapi IZ kena kuatkan diri gak. Kalau tak kuat alamatnya duk baring jela sehari2...
 
Kalau sebelum ni IZ pregnant tak pernah kena alahan macam ni..ni pertama kali. Dah dua kali preggy, kali ke3 ni baru alahan. Tu yang rasa sangat2 tidak selesa. Sebelum tahu preggy ni IZ rasa sakit perut macam nak datang bulan, sakit kat bahagian ari2. IZ ni kalau period mesti senggugut, sakit belah kanan dari pinggang sampai kaki...lenguh2, sengal2 sume ada. Tapi dulu xde lak sakit macam ni...kalau senggugut pun sakit perut, pinggang n semua la tapi semenjak dua menjak ni sakit belah kanan je. Kadang tu rasa pelik gak...
 
Sekarang ni IZ rasa malas nak buat kerja, semua kerja tak nak buat. Masak, kemas rumah....nak makan hubby yang belikan, tak pun dia tolong masak. Biasala orang laki yang tak pernah masuk dapur pastu kita suruh dia masak...haha, seksa dia nak buat keje. Hari tu IZ suruh dia masak mee rebus. Dari A-Z IZ ajar....last2 dia tak rasa pun kuah mee tu, dah siap tu dia cakap alamak lupa nk try la...apalagi tawar tak rasa hape kuah tu, hmm makan jela. Tapi tekak ni tak berapa nak terima.
 
Dari segi makanan IZ nak makan makanan yang masam2 macam tomyam. Buah mangga muda dah makan tapi xsdp je rasa, tak boleh masam sgt. Sup tak boleh bau, busuk. Sekarang ni selera nak benda2 yang garing, ikan kena garing, budu tak rasa nak makan langsung padahal my pebret tu. Rasa nak makan ketam masak kari, rasa nak makan jambu merah kecik2 tu, ntah tgk kat tv sume nak makan....sedapnya..
 
Pelikkan,,,bagi IZ la sebab sebelum ni tak pernah mengidam nak makan itu ini. Tak kisah pun makan apa, sume blh telan. Sekarang ni tak boleh...tak bestnya tapi kita org mengandung kena banyak sabar dan ikhlas. Sentiasa ingat Allah, selalu baca Al-Quran...surah2 Maryam, Luqman, Yusuf, Yassin, banyak lagila yang penting kena rajin amalkan.

Saturday, November 24, 2012

LAMPU HIASAN

ASSALAMUALAIKUM....

Petang tadi kitorg gi survey lampu hiasan...semua cantik2, rambang mata nak pilih. Mula2 gi kat G Orange....semua cantik, kipas pun kitorg survey gak...hmmm...memang beza sangat harga, lain kedai lain harganya..

IZ sangat berkenan jam hiasan yang ada 3 frame tu, yang corak dia bersambung...susah gak nak jumpa jam jenis tu kat sini. Dalam facebook pernah jumpa, harga seratus lebih.

Jomla layan gambar yang IZ sempat snap tadi...nasib baik pekerja kat ctu xmelarang tapi ni bkn lampu hiasan kat kedai G Orange k.....








Tuesday, November 20, 2012

PENGAT UBI KAYU

ASSALAMUALAIKUM....

Lama rasanya IZ xmasukkan resepi hebat IZ kat dlm blog ni....hebatla sangatkan. Ok hari ni IZ masukkan makanan petang...tapi IZ buat pengat ni minggu lepas. Kebetulan ada orang bagi ubi kayu, keledek, ubi itik....ubi lain IZ bagi kat jiran, IZ amik ubi kayu je. Jom tengok resepi...

 

Bahan-bahan

Ubi Kayu - 4 tongkol ( saiz kecik )
Nisan - 3 ketul
Santan - setengah kotak je yg saiz kecik tu
Garam - stgh sudu teh
Susu Pekat - 3 sudu besar
Air
Sagu - setengah cawan
Daun Pandan - 1 helai

Cara - caranya:

Mula2 sekali bersihkan ubi dan potong kecil2, kemudian rebus sehingga empuk, masukkan sedikit garam. Bila dah empuk masukkan santan, nisan, air, susu pekat, dan daun pandan...kacau biar sebati. Kemudian masukkan sagu...kacau lagi sehingga mendidih dan sagu masak. Rasa dulu macam mana, kalau kurang garam tambah garam sikit, jgn byk sgt k. Kalau kurang manis tambah susu atau gula je.
 
Kuah tu ikut nak banyak mana tapi IZ agak2 biarla tenggelam ubi tu, kalau banyak sgt takut cair sangat xsedap lak kan...Sebenarnya buat pengat ni orang xletak susu pekat pun tapi kebetulan hari tu IZ nak habiskan stok susu pekat dalam peti, so IZ letakla dalam pengat tu. Rasa dia sangat sedapla bagi IZ. Hubby pun cakap sedap...huhu
 
p/s: semasa potong ubi kecik2 tu...err, IZ belah dua dulu pastu baru potong kecik2...korang kena buang dulu batang / bulu ubi yg kat tengah2 tu. Sebabnya IZ xbuang masa buat tu....yela pestaim buat kan, masa IZ makan tu rasa berbulu je ubi tu...kurang kick ckit bila tgh2 makan nak kena buang bulu dia lak...jd pasni kalau IZ buat lagi pengat ni mmg IZ akn buang dulu la benda alah tu.

BENGKEL MENJAHIT MANIK DAN SULAM SIRI 1

ASSALAMUALAIKUM....
 
Hari sabtu baru ni telah berlangsungnya bengkel menjahit manik dan sulam ni kat area perumahan IZ. Semua ni anjuran KRT kat sini la. Idea ni sangat bagus dan menarik minat kami kaum hawa ni...sekurang2nya boleh menambah ilmu dan yg paling penting boleh jahit manik sendiri dah lepas ni walaupun masih lagi merangkak...huhu
 
IZ sangat suka menjahit manik ni tapi susah sikitla walaupun nak siapkan sehelai baju. Bila IZ buka je peti besi nak jahit manik, anak2 pun mulala sibuk gak nak menjahit...terutama si cute Iman, habis disepahkan, dibuang, dibuat main dan macam2 lagi. Pendek kata memang xleh buat kerja menjahit selagi budak cute ni tak tido...hmm anak ibu ni...
 
Hari sabtu baru ni nasib baik hari cuti, hubby xkeje. Bolehla dia take over jaga anak kejap, sementara IZ pergi bengkel tu. Tak guna duit pun, just isi borang je...jarum, benang, manik, kain, makan semua disediakan. Penuhla kerusi yang disediakan tu...semua berminat. Bengkel tu start jam 8pagi - 1.30 tghr. Tu pun banyak lagi yang kitorg xsempat belajar. Tapi xpe, ni baru siri 1, kita tunggu siri 11 pulak...dengar katanya nak jahit kat baju terus, hari tu jahit kat tudung.
 
Bagi IZ agak susah jugak menjahit manik ni, terutama sekali sulam. Part nak buat bunga tu IZ failed...huhu. Cikgu cakap upah jahit sulam lebih mahal berbanding manik. Kesian kat cikgu, kena round meja ajar satu2, sorang2...hihi. Maklumla dah tua...opss, IZ belum lagi...ni org lain r..haha. Kena ajar satu2, penat gak tu..nasib baik cikgu baik giler...rilek jer, senyum memanjang. Terima kasih cikgu...

Jom layan gambar....

 
 
 

 

 

 

focus
 
ni la hasil tgn yg sempat IZ siapkan

xreti lg nk buat bunga gini, ni cikgu yg buat

sulamanku
 
cikgu kata seeloknya biar jadi
 8 kelopak je baru kemas dan cantik

CENDAWAN HIASAN

ASSALAMUALAIKUM.....

Bunga hiasan memang sangat cantikkan. IZ sangat2 meminati bunga ni...IZ percaya semua wanita sukakan bunga, bunga hidup k. Bunga plastik minat gak tapi sikit2 je. Hari tu kitorg singgah kat orang jual bunga2 ni...nursery kan, huhu...IZ sangat berkenan dengan cendawan hiasan kat kedai tu, cantik je pada mata IZ ni. Nak tengok cane rupa dia? Jom layan gambar....

 

 

sgt berkenan di hati...sesuai utk rmh yg
mempunyai ruang terhad, harga ni rm400

Sunday, November 18, 2012

AYAM WARNA WARNI

ASSALAMUALAIKUM.....

Hai semua.....hihi, ada org ke ni?
 
Setiap hari Khamis kat sini memang ada pasar minggu. IZ saja je jenjalan dengan anak IZ K.Yong....sambil cuci mata, boleh membeli dan membelah....huhu. Sebenarnya nak cari kain tudung untuk teacher k.yong, thn dpn dia dah xde kat sini...pindah kat Terengganu pulak.
 
Sambil membelek2 kain tudung, ada sorang mamat ni meniaga anak2 ayam yang tersangatla comel. Sebelum ni IZ tak pernah tengok lagi anak2 ayam yang cute2 ni...warna warni, memang comel...korang mest pernah tengok kan, IZ je yang belum agaknya sebab cik abang IZ cakap ayam ni dah lama ada, IZ je yang xtau..huhu..nak tengok x? Jom layan gambar...




Haaa comel kan? IZ pun dengan ringan mulutnya bertanyakan pasal ayam kat mamat jual ayam tu. Dia cakap ayam ni diorg suntik masa dalam telur lagi tapi bila dah besar ayam2 ni akan kembali kepada warna asal mereka. Harganya rm5 untuk 2 ekor ayam...abg ni ckp dia je yg jual ayam ni dengan harga tu, kalau kt tempat lain rm10 untuk 4 ekor...haha, tergelak jugakla IZ mendengar  lawaknya yang lucu tu...huhu.
 
Macam teringin nak beli tapi nak buat apa kan...si Iman kompem suka sangat kalau IZ beli ni tapi xyah la, buat busuk je najis ayam tu...tengok jela. IZ siap amik video lagi tunjuk kat dia, punya la suka Iman...hmm...suka sangat dgn binatang tapi yg xthnnya tengok ayam pun dia tetap duk miow miow jugak...asal binatang je mesti miow miow...hihi...
 
Ok daa....

Wednesday, November 14, 2012

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

ASSALAMUALAIKUM....

So busy lately...lamanya x mengupdate blog ku yg comel ni..hehe. Hari Ahad, 11 November baru ni IZ satu family dan family belah mertua pergi ke Perak untuk pertunangan adik ipar IZ dekat Taiping. Kebetulan dah pergi sana kitorg pun plan gi mandi manda la kat Bukit Merah. Sebenarnya ni kali ke2 IZ pergi sana. First time pergi masa anak IZ k.yong baru boleh berjalan.

Bagi yg bawa anak2 pergi kat sini better bw pelampung sebab mudah diorg nak mandi. IZ beli pelampung ni kat tepi jalan ms nak masuk kat Bukit Merah...ada 1 gerai yg jual pelampung, harga yg IZ beli ni rm15. Okla kan...IZ tanya kat dlm Bukit Merah tu pelampung harga rm18 tapi bkn yg bujur mcm IZ beli ni, bentuk dia bulat biasa je. Biasala kan mesti la mahal brg2 kat ctu.
 
Bagi IZ kat Bukit Merah ni best jugakla sebab bukan sekadar boleh pergi mandi tapi boleh pergi Pulau Orang Utan, boleh tengok binatang, boleh naik chairlift...macam2 lagila. Tapi masa pergi baru ni just sempat gi mandi je sebabnya dalam kul 2 ptg tu hujan lebat. So kitorg mandi jela sampai kecut kaki tangan anak2..haha. Jom layan gambar...mana tau ada yg belum pergi lagi, boleh r try pergi..kan cuti sekolah ni..tapi xbykla gmbr, IZ just amik kt tpt mandi je..tpt lain xsempat pergi..Masa first time pergi dulu IZ pergi semua tpt tp gmbr dh ilang ke mana ntah..huhu

ni tpt mula2 sekali nak masuk

ni pun sama, tpt mula2 masuk

cni mcm frame gmbr r

ni bersebelahan tpt jual tiket

k.yong dh xsbr nk main air

ni time nk naik bot g Pulau

ni lak harga tiket

ni pun harga tiket gak

jeti nk pergi ke Pulau

ada kete berlaga kat cni...

pintu masuk ke waterpark

air ombak kat cni

bestnya mandi

bukti pergi Bukit Merah...hehe

baju baru sebab baju Iman jatuh

Time tengah syok mandi tu ada pekerja kat Bukit Merah ni tolong tangkap gambar kami, dia ckp kalau nk tengok atau nak beli gmbr tu blh pergi kat kaunter pintu keluar nnt. Ok kitorg cukup seronok dpt amik gmbr ramai2..hajat nak belila nnt bila keluar. Bila dah kuar tu kitorg pun pakat gi la kat kaunter tu nak tengok gmbr...mmg cantikla dia siap letak frame, gmbr saiz 5R kot, xpasti lak IZ. Tapi tgk dlm komputer jela...dia siap edit sume. Tanya harga mak aiiiiii....mahalnya...nk tau brp? Sekeping rm30, kalau 2 keping rm50. Kalau sekali dgn CD rm50. Xberbaloi rasanya...baik amik gmbr sdri.
 
Malam tu pulak kitorg gi makan kat Mee Udang Banjir. Bagi IZ macam xberbaloi la dengan harga. Semangkuk mee tu ada sejemput je mee nya, pastu sayur taugeh dan udang 6 ekor. Kalau diletaknya telur sebiji, ayam skit, sayur sawi ke kubis ke, pastu mee tu bg la 2 jemput ke kenyang gak makan....harganya rm10. Xtaula kot IZ ni kedekut orgnya sampai bab makan pun nk komplen...huhu. Layan jela mee udang ni k..
 
mee udang banjir

mee goreng banjir

 

Monday, October 22, 2012

IKAN KELI MASAK GULAI

ASSALAMUALAIKUM....

Saper suka makan ikan keli? haa ikan keli ni xsume org suka makan tau...hanya insan terpilih je, hehe...gtu gak dgn belut, tul x? Sebab apa xsuka ek? Isinya sangat sedap, lembut...mayb sebab geli kot..ikn keli kan berlendir gtu. Tapi xpe...Yg penting IZ, hubby dan anak2 sangat suka makan ikan keli ni. Goreng pun sedap, masak gulai camni lagi sedap....jom tgk resepi

Bahan - bahan

Ikan keli - 3 ekor
Bawang Putih - 1 ulas  ( tumbuk )
Bawang Merah - 2 ulas ( tumbuk )
Cili Padi - 3 biji ( tumbuk )
Asam keping - 1 keping
Tomato - 1 biji
Bendi - 1 ikat
Serbuk Kari Ikan - 1 paket
Daun Kesum - 1 ikat
Santan Kotak - 250ml
Garam, Gula dan Aji

Cara - cara

Cuci bersih ikan keli, potong dua dan rendam dengan air garam + asam jawa..biarkan seketika dalam 10 minit. Kemudian bersihkan semula ikan keli tadi dan masukkan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, serbuk kari (bancuh dgn air dulu), asam keping, santan, garam, gula dan aji.
 
Masukkan air hingga tenggelam ikan keli tadi. Letakkan atas dapur dan biarkan hingga mendidih. Bolehla masukkan kacang bendi dan tomato ( belah 4 ). Rasa dulu dan boleh tambah apa yg kurang mengikut selera masing2. Kacau2 sentiasa sehingga masak.
 
P/s: kalau xnak letak serbuk kari pun xpe.

PUCUK PAKU GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

Sedapnya pucuk paku....jom layan resepi

sgt segar kan

siap
Bahan-bahan

Pucuk Paku - 2 ikat
Isi Ayam
Bawang Putih - 1 ulas ( cincang )
Bawang Besar - sebelah n hiris
Cili Padi - xletak
Sos Tiram
Garam
Aji

Cara-cara

Potong pucuk paku ni macam dlm gmbr, amik yg lembut je k...klu amik batang yg keras xleh mkn la jwbnya. Cuci bersih dan toskan. Tumis bawang putih, Bawang besar dan cili padi hingga naik bau dan masukkan ayam. Tumis lagi dan masukkan pucuk paku...kacau sebentar, masukkan sos tiram, garam n aji. Masukkan air sedikit, kalau xnak letak air pun xpe tp lbhkan myk ckit. Goreng sehingga masak dan rasa apa yg kurang, tmbh la mana yg ptt k. Ok siap...

IKAN SELAYANG KUKUS GORENG

ASSALAMUALAIKUM....

Ikan selayang kukus ni memang pebret IZ tapi hubby xsuka. Xpela dia xsuka pun...haha, janji IZ suka. Sedap sangat ni kalau goreng garing makan lak dgn budu tempoyak + ulam kcg botol, pucuk gajus, timun batang...hui mmg bertambah2 nasi ni, kompem...ratah pun sodap ni..adus sedapnya, telan air liur dah ni.
 
IZ ni makan gini pun dah ok dah, dah berselera sangat. Xtaula nape hubby xminat makan gini, kalau dia sekepala dgn IZ, huh tentu syok...kan..xpe jom kita tgk resepi plg simple ni..


Bahan-bahan:

Ikan Selayang - 1/2 kilo
Bawang Merah Besar - 1 ulas
Cili Padi - 3 biji
Asam Keping - 3 keping
Gula
Garam
Nisan - 1 keping

Cara-cara:

Mula2 bersihkan ikan dan rebus dulu dengan asam keping, nisan, gula, garam dan air. Air tu jgn byk sgt, agak2 ikan xtenggelam r. Dah siap rebus bolehla goreng macam biasa. Ikan yg direbus semalaman lagi sedap tapi rebus onDspot pun sodap gak.
 
Dah siap goreng tu, ketepikan. Tumis bawang besar dan cili padi tadi hingga agak garing dan masukkan ikan tadi, kacau sebentar. Xpayah letak garam apa sume dah...ok siap.

KACANG BENDI GORENG TELUR

ASSALAMUALAIKUM.....

Resepi tertunda.....huhu..layan jela k


 
Bahan-bahan:
 
Kacang Bendi - 2 ikat
Bawang Putih - 1 ulas
Bawang Merah - 2 ulas
Udang
Telur - 1 biji
Sos Tiram
Garam dan aji
 
Cara-cara:
 
Potong kcg bendi, bersihkan dan toskan. Udang dibuang kulit. Hiris bwg putih dan merah kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan udang dan kcg bendi..kacau sebentar dan masukkan sos tiram, garam, aji. Bila bendi dah hampir masak pecahkan telur kat tengah2 kuali, biarkan sebentar jgn dikacau k. Pastu baru kacau sebati bendi dan telur tadi. Rasa dulu cane dan boleh tambah garam klu krg masin dan sedia dihidang...siap.