Thursday, August 30, 2012

PROSES MENCERAIKAN SUSU ANAK

ASSALAMUALAIKUM.....
 
ALLAHUAKBAR....cabaran yang dirasakan terlalu berat ketika proses ceraian susu ini. Hari ni IZ mencuba untuk memisahkan susu ibu dengan Iman. Awal pagi  masih ok, petang dah mula buat perangai, malam lagi la buat perangai.
 
Sebenarnya ini adalah kali kedua IZ cuba untuk memisahkan susu badan dengan Iman. Kali pertama ialah sebelum puasa, seminggu sebelum puasa. Siang hari ok xde masalah tapi bila time malam yang jadi masalah. Iman bermasalah, IZ sendiri pun bermasalah...hehe, apa masalah IZ? KESIAN....huhu. IZ kesian tengok Iman nangis nak susu...uwaaaaa.....kalau boleh memang xnak lepas tapi nk buat cane, dah xlarat sebenarnya. Yela budak laki ni kalau umo dah 2 tahun memang ganas diorang nenen. Disebabkan kesian IZ bagi jugak malam tu, lena dia tidur.
 
Hari ni kali kedua proses cerai susu ni. IZ masih lagi bertahan ni tapi yang xtahannya breast membengkak, aduyai sakit yang amat. Tadi dah try perah, IZ picit2 tapi kuar ckit je, lenguh tangan. Letak towel kecik je kat breast xnak bg baju basah tapi memang sakit yang amat, berdenyut2. Cane ek xnak bagi bengkak ni? Ada cara x? Biasa berapa hari akan membengkak dan sakit macam ni? Aduh xtahan...tadi masa Iman nangis IZ geram2 nak bg nenen, xtahan sakit + xtahan tengok dia nangis.
 
Petang tadi Iman dah buat perangai, nangis2..bagi nenen dia hisap kejap pastu dia xnak. IZ pun letak dalam buai...tidur. Pastu tadi dia buat perangai lagi, nangis2...IZ biar je dia nenen tapi letak je mulut kat ctu terus xnak, hehe. IZ bagi lagi, dia tutup baju IZ....marah, nangis lagi sebab rasa xsedap...kelakar pun ada gak, cian xyah cakap r tapi TAHANNNNN....dalam hati "aku kena kuat semangat, kali ni mesti jadi punya"...tup2 dia tido dgn sendiri atas katil tadi..cian anak ibu.
 
Haa nak tau apa IZ letak supaya Iman xnak susu?????? haha...jeng jeng jeng....hehe. IZ tumbuk bawang putih campur dengan nisan ( gula melaka ). Pastu sapu kat puting. Setakat ni memang jadila, memang Iman xnak susu cuma yang xtahan time dia nak nyusu pastu buat perangai, nangis2, tendang2, adoi sabor jela.
 
Doakan IZ berjaya kali ni. Sebenarnya yang jadi xberjaya tu sebab kita sendiri. Kita ni yang xtahan tengok anak merengek minta susu, xtahan sakit, kesian tengok anak. Memang kesian tau, cian sangat2 dan memang sakit bila breast membengkak. Rasa nak bagi je dia nenen time xtahan tu tapi kena paksa diri supaya jangan bagi. Insyaallah, kita sebagai ibu bukan nak menyeksa anak2 cuma dah sampai masa untuk semua tu. Betul x?

Monday, August 27, 2012

IKAN CENCARU SUMBAT BELACAN

ASSALAMUALAIKUM.....

Ni resepi IZ selalu buat, gambar ni dah lama duk dalam stor...hehe. Baru hari nak post...Hubby sangatla suka makan ikan ni tapi kalau goreng macamni lagi suka, siap meratah sampai ke titisan yang terakhir. Jom layan...



Haa ni la rupa ikan cencaru sumbat belacan tu. Korang jangan risau, memang bila dah siap digoreng bahan sumbat tu akan jadi hitam..hehe tapi bagi IZ, IZ suka sebab garing.
 
 

Bahan-bahan

Ikan Cencaru - 2 ekor
Bawang Merah - 4 ulas
Cili Padi - 3 biji
Belacan - sebesar ibu jari
Gula
Garam
Aji

Cara-cara

Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakang, lumurkan dengan garam..ketepikan. Bawang merah, cili padi dan belacan ditumbuk hingga hancur kemudian masukkan garam, gula dan aji, tumbuk lagi. Ha time ni bolehla rasa apa yang kurang, yang mana kurang leh tambah.
 
Pastu sumbat dalam ikan tadi, sumbat kat belakang dan dalam perut ikan. Perap selama sejam biar bahan tumbuk sebati dengan isi ikan. Goreng hingga garing bagi yang suka garingla, kalau x, goreng sehingga masak.
 
p/s: yang ada resdung tu, kalau dah terliur, hentam sj...macam IZ dan hubby la, hentam je sbb peberet...huhu

JAHITAN MANIK UNTUK BAJU RAYA

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT HARI RAYA. Hari ni adalah ke-10 umat Islam menyambut bulan Syawal. Dalam bulan puasa hari tu IZ ni duk bizi la menjahit manik untuk baju raya, maklumla tahun ni IZ sekeluarga pakai baju kaler oren...kosong...xde corak langsung. Sebab tula IZ jahit manik kat baju, xla nampak kosong sangat kan. Ala bukan pandai pun, pestaim jahit manik ni...hehe...nak tengok? haa jom...
 

ini baju Alisya
 
 
ini baju IZ punya
 
 
Haa cane cantik tak? agak2 ada ke orang nak tempah suh IZ buat? hehe...Kalau ada IZ terima je tapi IZ baru je belajar, tengok gambar melalui google je. Ok la kan untuk pestaim buat...corak sendiri walaupun google. Gambar xcantik sangat sebab snap waktu malam..silau je kan..lagi satu sebab hp murah je, huhu...

RESEPI TELUR HANCUR

ASSALAMUALAIKUM.....
 
 
Haa korang pernah tak dengar nama resepi ni? hehe....xpernah? tapi pernah makan kan? Sebenarnya IZ sendiri pun xtau nk panggil resepi apa tapi sebab telur tu hancur jadi tajuk resepi pun jadi la telur hancur. Tapi rasanya ok jugak, sedap...yang paling penting anak2 IZ suka...budak2 suka la makan telur kan. IZ saja je try buat gini, xsangka anak2 suka. Jom kita tengok resepi yang tersangatla mudah ni....
 
 
 
 
Bahan-bahan
 
Telur - 3 biji
Isi Ayam
Bawang Besar - setengah labu je
Daun Sup
Garam
Aji
 
Cara-cara
 
Tumiskan bawang kemudian masukkan isi ayam, biarkan sebentar. Pastu pecahkan telur dan biar telur tu masak sekejap dan boleh kacau sampai hancur. Boleh la masukkan garam, aji dan daun sup tadi. Siap....5 minit je dah siap...mudahkan...cubalah, ratah gitu pun sodap.
 
p/s: telur perlu dibasuh terlebih dahulu


SAMBAL PAUH/MANGGA MUDA

ASSALAMUALAIKUM....

Petang tadi lalu depan umah jiran, tengok pokok mangga depan umah dia...kecur air liur, em sedapnya kalau buat sambal pauh ni, kompem makan nasi bertambah. EN.Hubby pun suka...IZ pun apalagi dengan muka xmalu minta dengan tuan punya pokok mangga tu buah mangga..hehe, lagipun kitorang dah biasa, nak malu apa kan. IZ buat dan bagi la kat tuan punya sekali, sedap katanya...siap tanya buat cane??? IZ pun apalagi, kembangla idung...kahkah...

mangga muda yang telah siap diparut
 
 

sambal pauh
 


Bahan-bahan

Mangga Muda - 5 biji
Ikan kering - IZ guna ikan gelama yang dibelah 5 ekor
Ikan Bilis - segenggam
Bawang Merah - 2 ulas
Cili Padi - 5 biji

Cara-cara

Parut mangga muda seperti gambar di atas atau kalau xde pemarut tu boleh je ditumbuk.
Kemudian goreng ikan masin, goreng ikan bilis dan toskan minyak. Bawang merah tadi ditumbuk dengan cili padi kemudian tumiskan hingga agak garing dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. Kacau hingga sebati, sekejap je tau pastu boleh diangkat kemudian tumbuk sampai hancur. Ketepikan.
 
Kemudian asingkan isi ikan kering tadi dari tulang dan tumbuk hingga hancur, boleh masukkan cili padi kalau nak rasa pedas lagi. Dah siap semua bahan tumbuk bolehla digaulkan dengan mangga yang telah diparut tadi. Rasa dulu cane, kalau kurang masin boleh tambah sedikit garam dan sedikit aji. Bolehla dihidang dengan nasi panas, fuh terangkat beb...cubalah.

BANGGA!!!! SUSUI ANAK 2 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM.....
 
Nasrul Iman ketika baby

Anak adalah anugerah terhebat dari Allah. First time menjadi seorang ibu sangat menakjubkan. IZ menjadi ibu pada usia 25 tahun kepada puteri sulung iaitu Nur Alisya Zulaikha yang kini berusia 4 tahun 8 bulan dan pada usia 27 tahun IZ melahirkan putera sulung iaitu anak kedua IZ yang diberi nama Nasrul Iman yang kini berusia 2 tahun 1 bulan.
 
Sangat menyeronokkan menjadi seorang ibu, apatah lagi IZ menjaga diorang sendiri. Pelbagai kerenah dari bayi sampaila sekarang. Dan yang paling IZ banggakan adalah IZ susui anak2 IZ dengan susu original sehingga berusia 2 tahun, sangatla bertuah anak2 IZ ni kan..hehe..Alhamdulillah.
 
Sebenarnya banyak kelebihan bila kita susui anak sepenuhnya dengan susu ibu ni tau. Dalam Al-Quran sendiri telah dinyatakan tentang penyusuan bayi selama 2 tahun.
 
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.
 
Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

@ IZ amik info ni dari http://ourkitab.blogspot.com/2009/08/susu-ibu-dan-kelebihannya.html
@ harap tuan punya blog izinkan

BIHUN GORENG VERSI PUTIH

ASSALAMUALAIKUM.....

Bestnya dapat makan bihun goreng ni. Lama dah xbuat, yela IZ ni bukan rajin sangat pun..hehe. Tapi sesekali buat best gak, makan dgn kepok keping lagi berselera.


Bahan-bahan

Bihun - rendam separuh je dari sebungkus bihun
Bawang Putih - 2 ulas
Bawang Merah - 3 ulas
Lada Hitam - 1 sudu teh
Ikan Bilis - sejemput je
Isi Ayam
Kangkung - 1 ikat
Sos Tiram - 1 sudu besar
Garam
Aji
Gula
Telur - 2 biji

Cara-cara

Rendam bihun sehingga lembut dan toskan. Mula2 goreng telur dan kacau2 sampai hancur, angkat dan toskan minyak, ketepikan. Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada hitam dan ikan bilis. Pastu tumis hingga kekuningan sedikit, bolehla masukkan isi ayam. Kacau sebentar masukkan sos tiram, garam, aji dan gula.
 
Kemudian bolehla masukkan bihun, kacau biar rata dengan semua perencah tadi dan masukkan telur yang digoreng hancur tadi dan juga sayur kangkung. Boleh la rasa sesedap tekak sendiri, kalau kurang masin boleh tambahkan sedikit garam, kacau lagi dan bolehla hidangkan dengan kepok keping.

Sunday, August 26, 2012

EXAM PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

ASSALAMUALAIKUM....

Alamak!!!! dapat exam dari spa8 la...tetiba je terkejut, hehe. Sebabnya selama IZ habis belajar dari tahun 2006 hingga la tahun 2012 ni, ni adalah kali ke2 IZ dapat surat untuk pergi exam. First time tu tahun 2007 dapat surat exam untuk PTD, semangat nak pergi exam ni.
 
Masa tu baru je kawin, hehe. IZ drive sendiri masa nak pergi exam tu, tup2 sampai dekat traffic light kete lak meragam, terus stop kat situ. Dah la duk kat depan skali, aduh malu giler...nak tak nak buat muka poyo jela. Tunggu la cik abang datang, tunggu punya tunggu calon lain dah start exam dah, IZ still lagi kat traffic light tu. Dah xde rezeki kan...redha jela.
 
After tahun 2007, tahun 2012 ni la pulak IZ dapat surat exam dari spa untuk jawatan kat atas tu la. Lama kan???? Xpe IZ tetap bersabar, hehe. Sekarang dah anak dua dah baru dapat exam ni. Tarikh exam tu 15 september ni, saper dapat gak?
 
Sebenarnya rasa takut tu adala jugak sebabnya dah lama tinggal bab exam n study ni. Sebelum2 ni pun penah dapat exam dari KPLI dan DPLI tapi semua xde rezeki. Orang cakap susah exam ni, xtaula cane...hope so IZ dapat buat yang terbaik kali ni. Yela bukan senang nak dapat exam ni. Bertahun tunggu...tul x?
 
Apa yang perlu study ek? Adus susah gak ni....kena cari buku pengajian am la gamaknya, buku matematik SPM, kena baca current isu, dan yang pasti otak kena berfikir. Kena perah otak bebetul ni. AAHHH....otak dah beku ni coz dah lama tinggal semua tu. Apapun rakan blogger doakan IZ berjaya k. Amin...Insyaallah ada rezeki.

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

ASSALAMUALAIKUM......





Hai semua...dah raya ke belum? seronok x? hehe..haa tengok family IZ, oren u ols. Tapi letak gambar anak2 dah la ek, mak ayah dia xsuka inteprem..wawawa..Kalau nak tengok rupa bapaknya tengok je rupa anak teruna IZ ni, encem kan? Kalau nak tengok rupa ibunya tengok je rupa anak dara IZ, cantikkan? Haa anak dara IZ ni kalau amik gambar mesti tangan buat camtu. So xnampak jelas sangat la kecunnan dia tu...hihi.


Tahun IZ beraya di Terengganu. Meriah sebab ramai sanak saudara. Tapi malam raya tu anak teruna IZ si Iman jatuh tangga lak. Aduhai nasib dia sungguh, yela buas sangat...xduk diam langsung, orang dah tido dia belum tido lagi.

Gambar juadah raya lupa nk snap, kalau x boleh tempek kt cni. Xpe layan gambar anak2 IZ jela...huhu.




Encem n cantik kan? haha...

Friday, August 17, 2012

MENU ANAK KETIKA KITA BERPUASA

ASSALAMUALAIKUM....

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, wajib ke atas kita umat Islam untuk berpuasa.Tapi apabila kita berpuasa, bagaimana dengan selera anak2 kita? Bagi IZ pulak yang sememangnya mempunyai anak yang susah ckit nak makan ni..kena fikirkan apala yang diorang nak makan ni. Lain la kalau IZ makan sekali baru diorang makan. Tu pun belum tentu lagi diorang nak makan.

Sepanjang bulan Ramadhan kali ni IZ bagi diorang telur rebus. Anak2 IZ ni kecik lagi, sorang umur 4 tahun, sorang lagi 2 tahun. So IZ akan rebus telur 3 biji, tu pun bahagian putih je diorang makan, yang kuning IZ simpan untuk dimakan waktu berbuka nanti. Yela dari membazir baik IZ habiskan, tul x? 3 biji tu cukup2 untuk diorang, kadang2 tak habis pun.

Bukanla IZ bagi diorang telur rebus hari2, selang seli la kan. Kadang2 tu IZ goreng nasi, tu pun kadang2 je makan. Kadang2 tu IZ yang tolong habiskan waktu berbuka nanti. Iz jugak ada bagi diorang Apollo, kadang2 tu 2 ,3 bungkus habis la sorang tapi kadang2 1 bungkus je, ada gak 1 bungkus pun xhabis.

Iz jugak ada bagi nasi berlaukkan ikan sardin. Haa anak2 IZ ni cukup suka makan ikan sardin dalam tin tu. Tapi biasala budak2, ada hari diorang makan, ada hari tu xmakan langsung. Hmmm susah kalau anak jenis xberapa nak makan sangat ni. Kadang2 IZ sendiri xtau nak bagi diorang makan apa. Anak IZ yang no2 tu masih lagi menyusu badan walaupun dah 2 tahun lebih. Tapi bila kita berpuasa air susu pun xde sangat.

Mee rebus pun IZ buat jugak untuk diorang tapi kalau siang hari ni diorang kurang makan sebab kita xmakan sekali. Tapi kalau time berbuka elok je diorang makan.

Kalau korang ada pengalaman anak yang susah makan bolehla share kat cni...

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan Kian Beransur Pergi

ASSALAMUALAIKUM....

Ntah kenapa puasa tahun ni rasa begitu sekejap sangat. Tup2 hari ahad ni dah nak raya. Sayu je kan, ntah kita dapt bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Moga kita semua dipanjangkan usia agar dapat melakukan amal ibadat kepadaNYA.

Tahun ni pun juadah berbuka ala kadar sahaja, tidak perlu berlebih. Dan IZ boleh dikatakan setiap hari masak untuk keluarga, rasa lebih terjamin. Lagipun bila ke Bazar Ramadhan orang tidak seramai tahun sebelum ini. Takut sekiranya makanan yang dijual adalah makanan lebihan semalam yang telah dihangatkan.

Semalam IZ terasa nak makan laksa penang, IZ pergila beli kat Bazar Ramadhan. Untuk En. Suami IZ belikan mee goreng yang digoreng dalam kuali besar tu. Haa kalau yang tu memang kompem diorang tak hangat yang semalam punya sebab digoreng di Bazar Ramadhan terus.

So, disebabkan IZ dah beli laksa penang tu IZ xmasak ler...kira cukup makan yang tu je. Tapi IZ tetap masak nasi untuk anak2, lagipun ayam goreng dah ada. Bila dah dekat nak berbuka tu IZ letak la laksa tu dalam pinggan, rupa2 nya laksa tu dah basi. Kuah xtau la pulak sebab IZ terus buang. Melayang rm2...nak buat cane xde rezeki IZ nak makan laksa tu.

Nasib baik IZ masak nasi, so lepas azan IZ minum air jela dgn akok. Lepas tu barula nak masak lauk..adus..tapi masak telur mata kerbau je. Cian IZ kan? hukhuk...So moral of the story? Jangan beli makanan di Bazar Ramadhan yang xramai orang, kompem xhabis. Esoknya diorang jual lagi makanan yang sama. Nak meniaga pun biarla ikhlas, cari rezeki halal.

IZ xkisah kalau berhabis duit untuk sesuatu yang kita suka tapi biarlah berbaloi..betul x? Panjangnya ceramah IZ ni. Okla....IZ dah sakit tengkuk ni ngadap lappy. BYE..

RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR PERISA TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM.....

Kali ni entry sambungan sayur pucuk paku goreng belacan. Ikan talapia ni memang pebret IZ dan En Suami, anak2 xmakan sangat...Jadi untuk berbuka tadi IZ masak resepi ni, hmm...ok la boleh tahan rasa dia...lagipun ni pestaim IZ masak resepi ni. Yela IZ ni bukan pandai masak pun sebenarnya, cuma saja nak masukkan dalam blog sendiri, nanti boleh tengok kalau terlupa, betul x? Jom kita tengok resepi....


Bahan-bahan

Ikan Talapia seekor
Bawang Putih - 2 ulas (tumbuk)
Bawang Merah - 3 ulas (tumbuk)
Cili Padi - 2 biji (tumbuk)
Serai - 2 batang (tumbuk)
Pes Tomyam Maggie - 1 sudu besar
1 Kiub Tomyam Knorr
Tomato - 1 biji
Perahan Asam Limau Nipis - 1 biji
Limau Kasturi - 1 biji
Garam
Gula
Daun Ketumbar

Cara-caranya

Basuh ikan talapia kemudian lumurkan sedikit garam pada ikan dan biarkan seketika. Bahan tumbuk tadi digaul bersama pes tomyam maggie, kiub tomyam knorr, air limau nipis, gula dan garam.

Gaul hingga sebati kemudian letak ikan tadi di atas kertas aluminium dan lumurkan dengan bahan yang sudah siap digaul tadi, letakkan buah tomato yang dipotong dadu dan sedikit daun ketumbar. Bolehla dibakar di dalam oven selama 20minit.

IZ punya oven kecik je, muat2 ikan ni je...nasib baik muat. Tapi kalau xde boleh dibakar di dalam kuali letak daun pisang lagi terangkat...

p/s:  bila ikan dah masak bolehla perahkan limau kasturi tadi di atas ikan...haa apalg, ngap ler..

PUCUK PAKU GORENG BELACAN

ASSALAMUALAIKUM....

Hai..hai..hai..wah lama bebenor IZ tak bukak blog sendiri ni. Malasnya makin menggunung tinggi. Dari sebelum puasa lagi tak bukak, hari ni dah hari ke 27 umat Islam berpuasa baru la IZ terasa nak berblog nih...haha. Bagus x?

Menu hari ni pucuk paku goreng belacan, sotong goreng sos tiram dan ikan talapia bakar tomyam...fuh mmg terangkat (terangkat kerrrrrr? )....hehe..tapi macam biasa kalau bulan puasa masak sekaligus untu sahur sekali, nanti bangun just panaskan je lebihan lauk masa berbuka, kan jimat masa tuh...

ok jom layan RESEPI PUCUK PAKU GORENG BELACAN dulu...resepi lain akan menyusul dalam entry seterusnya k. Tengok gambar pun dah menggiurkan kan????? Resepinya cukupla mudah dan cepat.



Bahan-bahan:

Pucuk paku - 2 ikat
Bawang Putih - 1 ulas (tumbuk)
Bawang Merah - 2 ulas (tumbuk)
Cili Padi - 2 biji ( kalau nak pedas boleh tambah) - (tumbuk)
Belacan - sebesar ibu jari (tumbuk)
Sos Tiram - 1 sudu besar
Garam
Gula
Air

Cara-caranya:

Potong pucuk paku, amik bahagian yang lembut sahaja. Basuh bersih dan toskan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga betul2 masak. Masukkan pucuk paku tadi kacau rata.

Masukkan sos tiram, garam dan gula. Gaul sebati, kalau nampak kering sangat boleh masukkan air. Biarkan mendidih sehingga pucuk paku empuk, rasa masin ke tawar...kalau dah ok bolehla angkat. Haa kan dah siap..nak ratah pun boleh tapi lebih sedap makan dengan nasi la..