Monday, April 16, 2012

IKAN TALAPIA MASAK STIM (KUKUS) + BAWANG PUTIH JERUK

ASSALAMUALAIKUM....

Hari ni IZ masak IKAN TALAPIA MASAK STIM..ikan masak stim memang peberet my hubby dan IZ sendiri. Anak2 xsuka sangat, maybe diorg kecik lg kot...Cara nak masak stim ni xsusah sebenarnya asal pandai seimbangkan rasa tu. Ok jom kita masuk dapur...hehe



Bahan-bahan

Ikan Talapia - sederhana besar
Bawang Putih - 3 ulas
Halia - 1 inci (banyak pun xpe)
Lada Merah - 1 biji (IZ letak 1 biji je, bg rs ckit je tapi pada yg suka pedas blhla letak byk2)
Bawang Putih Jeruk - 1 labu (dipotong kecik2)
Air - 1 cawan (nak lbh kuah blh masukkan air lebih)
Tomato - 1 biji
Limau Nipis - 1 biji ( amik jus)
Daun Bawang dan Daun Sup
Garam, Ajinomoto dan Gula - letak biar secukup rasa sahaja
Sos Tiram - hr ni IZ xletak sos tiram tapi klu nk letak blh letak 1 sudu besar

Cara-cara

Siang ikan hingga bersih dan lumurkan dengan sedikit garam, ketepikan. Time ni bolehla panaskan bekas kukusan untuk mengukus ikan. Biarkan hingga air mendidih. Dalam kuali, Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau kemudian masukkan lada. Pastu masukkan air, sos tiram, bawang putih jeruk, tomato, garam, gula dan ajinomoto.

Biarkan hingga mendidih dan masukkan jus limau nipis tadi. Rasa dulu hingga mengikut citarasa yang diingini dan tambah apa yang kurang. Letakkan ikan di dalam kukusan dan curahkan sos yang sudah siap ditumis tadi ke dalam bekas ikan. Masak menggunakan api yang sederhana selama 30minit atau sehingga ikan dah masak.

p/s: Bawang putih jeruk tu klu xde pun xpe, tapi kalau ada lagi sedap bagi selera IZ la

No comments:

Post a Comment