Sunday, November 18, 2012

AYAM WARNA WARNI

ASSALAMUALAIKUM.....

Hai semua.....hihi, ada org ke ni?
 
Setiap hari Khamis kat sini memang ada pasar minggu. IZ saja je jenjalan dengan anak IZ K.Yong....sambil cuci mata, boleh membeli dan membelah....huhu. Sebenarnya nak cari kain tudung untuk teacher k.yong, thn dpn dia dah xde kat sini...pindah kat Terengganu pulak.
 
Sambil membelek2 kain tudung, ada sorang mamat ni meniaga anak2 ayam yang tersangatla comel. Sebelum ni IZ tak pernah tengok lagi anak2 ayam yang cute2 ni...warna warni, memang comel...korang mest pernah tengok kan, IZ je yang belum agaknya sebab cik abang IZ cakap ayam ni dah lama ada, IZ je yang xtau..huhu..nak tengok x? Jom layan gambar...




Haaa comel kan? IZ pun dengan ringan mulutnya bertanyakan pasal ayam kat mamat jual ayam tu. Dia cakap ayam ni diorg suntik masa dalam telur lagi tapi bila dah besar ayam2 ni akan kembali kepada warna asal mereka. Harganya rm5 untuk 2 ekor ayam...abg ni ckp dia je yg jual ayam ni dengan harga tu, kalau kt tempat lain rm10 untuk 4 ekor...haha, tergelak jugakla IZ mendengar  lawaknya yang lucu tu...huhu.
 
Macam teringin nak beli tapi nak buat apa kan...si Iman kompem suka sangat kalau IZ beli ni tapi xyah la, buat busuk je najis ayam tu...tengok jela. IZ siap amik video lagi tunjuk kat dia, punya la suka Iman...hmm...suka sangat dgn binatang tapi yg xthnnya tengok ayam pun dia tetap duk miow miow jugak...asal binatang je mesti miow miow...hihi...
 
Ok daa....

No comments:

Post a Comment