Rasanya baru je kita raya puasa kan...alih2 dh nak raya haji dah pun. Hmm cpt betul masa berlalu...sedar x sedar thn 2011 pun dh nak hbs, umo pun makin meningkat...alahai, dh tua ke? blm la...masih muda remaja...hehe. Tahun ni aku punya family x korban...tapi belah mertua ada buat korban.
Banyak sgt kelebihan dalam bulan ni kan. Tapi klu banyak n xbuat xguna gak kan? Klu xde rezeki lagi nak pegi buat haji tu boleh aje buat amalan sunat yang senang2....berzikir, berpuasa...ha kan mudah, mudah pun klu xbiasa buat jd susah gak...tul x? jadi dikesempatan kita yang masih ada ni, amal-amalkanlah perkara sunat. Insyaallah hidp lebih bererti disamping bekalan kita di akhirat kelak...amin.
Kelebihan melakukan ibadah
korban
HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan
salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah
mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan
umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk
mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai
menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam
Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'
Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda
ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak
baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap
perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas
membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang
bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan
individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan
harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti
orang-orang fakir dan miskin.
Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang
dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas
titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
No comments:
Post a Comment