Monday, November 14, 2011


Assalamualaikum...

Menjadi seorang ibu sangat menakjubkan. Dari pengalaman mengandung, melahirkan, berpantang, menjaga putra putri ku, dan mendidik mereka merupakan pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Bertitik tolak dari itu aku berazam untuk menjadi seorang ibu yang sangat penyayang untuk jantung hatiku..

Di ruangan ini akan aku selitkan kisah suka duka membesarkan mereka. Kesabaran sangat penting, jadi sabarlah...dengan pelbagai kerenah mereka, telatah mereka...yang lucu, yang sedih, yang geram, yang manja, dan macam2 yang lagi la.

Cantikkan gambar diorang tdo atas rama2 tu.....gambar btl tu, haha. diorg pun xsedar...lena sgt tdo sampai rama2 tu bw diorg g keliling dunia pun diorg xtau....hehe.....


BATUK DAN SELSEMA

Musim hujan ni anak2 tersayangku batuk dan selesema. Dua2 sekaligus lak tu, yela penyakit berjangkitkan mmg mdh la berjangkit. Bila dah terkena penyakit ni nak tido pun susah...terutama waktu malam. Memang kena berjaga la...anak2 aku ni pulak bab makan ubat mmg terkenal dgn kepayahannya. Nak xnak mmg kena paksa rela, tu pun kena thn telinga r dengar diorg menangis. Ubat yang diberi pulak banyak yang kluar dari masuk dalam mulut. Hmm sabo jela...

Sebenarnya bila ank2 kita terkena simpton batuk dan selsema ni akan memberi kita satu cabaran. Mana tak nya kan...yela dengan susah tidonya, menangisnya, merengeknya dengan mcm2 perangai. Memang sedikit sebanyak mencabar kesabaran kita. Tapi tu la dikatakan pengorbanan ibubapa.....sabar mmg kena byk sabar...doa tetap kena doa...yela sape xsayang anak kan....

Ubat-ubat y biasa aku bagi bila diorg terkena simpton2 ni:

1) Ubat dari klinik @ farmasi - ubat air ( susah nak jln, susah mkn ubt), ubat titik kt hidung ( okla ltk time diorg tdo tp bby kecik blh la, klu dh y umo 3 thn tu mmg akn ngs wpun ltk time tdo).

2) Vicks - yang ni ok, xde masalah klu sapu kt blkg, dada n tapak kaki ( tp ada gak mslh, bau kuat sgt tp aku dh tkr ke vicks y krg ckit bau dia ( BabyBalsam nm dia, biasa ltk Vicks VapoRub tp bau kuat sgt).

3) Myk yuyi cap limau - yang ni pun ok gak.

4) Kunyit Hidup - haa yng ni klu sume ubt2 kt ats xde blh la ltk kunyit kt batang hidung. Kunyit ni bagus gak coz ia boleh mencairkan hingus dan akn kuar dgn sendiri...
Itu jela ubat yang paling mujarab utk anak2 aku. ubat. ibu doakan ank2 ibu segera sembuh k...sayang ank2 ibu..muah5....




No comments:

Post a Comment