ASSALAMUALAIKUM....
Raya haji tahun ni belah mertua IZ buat aqiqah....so mak mertua kesayangan IZ bagi part lidah kat kitorg, IZ pun buat balik umah ler...pebret lidah ni, sedap...pebret suami dan ank2 campur IZ sekali..hehe...tapi biasa IZ beli je kalau nak makan, kali ni kena buat sendiri..xpenah IZ proses sendiri lidah ni tapi disebabkan dah ada di depan mata, so IZ bikin la ikut cara IZ...habis dan licin gak kitorg tibai....yang silapnya, IZ lupa nak snap lidah y masih belum dimasak...
Bahan-bahan
Lidah Lembu
Bawang putih - 1 ulas
Bawang besar - 1 ulas (pilih yang besar)
Lada - xltk
Sos Tiram
Garam
Serbuk Perasa
Cara-cara
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan lidah yang telah dihiris, goreng sebentar dan masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa...kacau biar sebati dan masukkan bawang besar beserta lada. Kacau sebati dan hidangkan ler....
p/s: lidah tu perlu direbus terlebih dahulu, kemudian buang kulit luarnya. Rebus lagi sekali sampai dagingnya empuk. Bolehla dihiris kecil2 untuk digoreng dan dibuat sup.
########################################
Versi kat atas tu goreng, kali ni aku buat sup...tapi pada hari yang sama. Yela makan nasi tak berkuah ni kurang sedap. Kot2 mana pun kuah mesti ada, anak2 nak makan...kenala bagi yang berkuah kan...nanti tak tertelan pulak nasi tu....
Bahan-bahan
Lidah
Perencah Sup (y dlm paket plastik)
Bawang putih
Halia
Kiub Ayam
Stok Pekat Ayam Maggi
Batang Saderi - xltk sbb xde
Ubi kentang
Daun Sup - xltk sbb xde
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara
Tumis perencah sup ( bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis), masukkan bawang putih dan halia...tumis hingga naik bau. Masukkan air untuk kuahnya, jgn lupa ltk perencah sup yang berbalut dgn kain putih tu k...ketuk2 ckit...dan ubi kentang..apabila mendidih masukkan lidah, kiub ayam, stok pekat ayam, garam, serbuk perasa dan batang saderi. Bila dh masak boleh ler ltkkan daun sup dan hidang....
No comments:
Post a Comment