ASSALAMUALAIKUM....
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, wajib ke atas kita umat Islam untuk berpuasa.Tapi apabila kita berpuasa, bagaimana dengan selera anak2 kita? Bagi IZ pulak yang sememangnya mempunyai anak yang susah ckit nak makan ni..kena fikirkan apala yang diorang nak makan ni. Lain la kalau IZ makan sekali baru diorang makan. Tu pun belum tentu lagi diorang nak makan.
Sepanjang bulan Ramadhan kali ni IZ bagi diorang telur rebus. Anak2 IZ ni kecik lagi, sorang umur 4 tahun, sorang lagi 2 tahun. So IZ akan rebus telur 3 biji, tu pun bahagian putih je diorang makan, yang kuning IZ simpan untuk dimakan waktu berbuka nanti. Yela dari membazir baik IZ habiskan, tul x? 3 biji tu cukup2 untuk diorang, kadang2 tak habis pun.
Bukanla IZ bagi diorang telur rebus hari2, selang seli la kan. Kadang2 tu IZ goreng nasi, tu pun kadang2 je makan. Kadang2 tu IZ yang tolong habiskan waktu berbuka nanti. Iz jugak ada bagi diorang Apollo, kadang2 tu 2 ,3 bungkus habis la sorang tapi kadang2 1 bungkus je, ada gak 1 bungkus pun xhabis.
Iz jugak ada bagi nasi berlaukkan ikan sardin. Haa anak2 IZ ni cukup suka makan ikan sardin dalam tin tu. Tapi biasala budak2, ada hari diorang makan, ada hari tu xmakan langsung. Hmmm susah kalau anak jenis xberapa nak makan sangat ni. Kadang2 IZ sendiri xtau nak bagi diorang makan apa. Anak IZ yang no2 tu masih lagi menyusu badan walaupun dah 2 tahun lebih. Tapi bila kita berpuasa air susu pun xde sangat.
Mee rebus pun IZ buat jugak untuk diorang tapi kalau siang hari ni diorang kurang makan sebab kita xmakan sekali. Tapi kalau time berbuka elok je diorang makan.
Kalau korang ada pengalaman anak yang susah makan bolehla share kat cni...
No comments:
Post a Comment