ASSALAMUALAIKUM......
Entry hari ni sup ayam simple je. Tapi anak2 suka makan sup ayam ni sebab ada kuah dan xpedas, anak IZ yang sulung sangat suka hirup kuah sup, xkirala mee sup ke, sup ayam ke....asal sup je.
Bahan-bahan
Ayam (IZ suka bahagian kepak, paha, kaki, yg bhgn tulang2)
Bawang merah - 3 ulas
Bawang Putih - 2 ulas
Halia - 1 inci
Lada hitam - secubit
Rempah sup
Daun sup
Air
Kiub Ayam - separuh
Cara-cara
Ayam dipotong kecil2 dan dibersihkan. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Kemudian panaskan minyak dan tumis Rempah sup terlebih dahulu dan barulah ditumis bahan tumbuk tadi sehingga benar2 masak / hampir garing.
Masukkan ayam dan kacau lagi hingga keluar air ayam. Biarkan sebentar dan barulah dimasukkan air. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, garam dan sedikit perasa. Biarkan sehingga ayam betul2 empuk atau kalau masukkan kaki ayam biarkan sehingga kaki ayam btl2 lembut barula ditutupkan api.
Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng (bawang goreng xde dan malas nak menggoreng). Boleh jugak dimasukkan cili merah kecil, sangat sedap dihirup ketika masih panas suam.

salam..
ReplyDeletehai iena..insyaallah iena, sbb IZ jrg buka blog ni..hehe, time rajin je buka..nnt ada kelapangan IZ follow..