ASSALAMUALAIKUM.....
Lamanya IZ tak menulis kat sini..banyak sangat perkara yang berlaku lately. (padahal diri sendiri yg malas)....hehe. Ntahla, rasa malas ni makin menjadi2 pulak...tak tau nape, sebab apa ek?
Semenjak dua menjak ni macam2 penyakit Allah bagi pada kami sekeluarga..Alhamdulillah Allah sangat menyayangi kami dan Dia beri ujian ini untuk menguji keimanan kami sekeluarga. Insyaallah akan kami tempuhi dengan rasa keimanan padaMu...
Pada mulanya anak lelaki IZ yang sakit, jus muntah2...tp yela kan bdk yang baru nak masuk 2 tahun mmg ssh kita nak tau cane diorg rasa. Still tak reti nak bgtau kita sakit kat mana2...tapi alhamdulillah sakitnya tak melarat.
Lepas tu ibunya lak yang sakit..cirit-birit. Dalam sehari tu dalam 7kali ulang alik ke toilet, disebabkan tak tahan sangat so ajakla en asben gi kinik...dalam pada tunggu giliran nak jumpa dokt pun sempat lagi ke toilet. huhu...keesokkan harinya cirit birit still ada lagi tapi tak sekerap kelmarin tapi muntah lak, pening2...badan mmg tak bermaya langsung. pastu demam sekaligus....ya Allah dugaan sungguh. tapi alhamdulillah skrg dh ok.
Selang seminggu lepas tu anak pompuan lak kena muntah2...tak tau la silap makan apa tapi apa yang dia makan, kitorg pun makan gak. Nak buat cane dah mmg nak kena kan...Allah nak uji dia. Cian kak yong, muntah sampai lembik...muntah sampai dah xde makanan dalam perut, sampai kuar cecair kaler kuning tu. Nak pulak anak2 IZ semuanya SUSAH YANG AMAT nak makan ubat. Muntah campur dengan demam, so terpaksala sumbat ubat melalui punggung. Tapi still xok jugak ni...xtau nak buat cane dah. Demam pun tak kebah2...cool fever dh letak kat dahi, air asam jawa, air limau nipis + ais batu pun dah sapu kat kepala tapi xkebah jugak demam, muntah pun still lagi, makan or minum mesti muntah balik. Duk fikir nak bawa pegi hospital je biar dokt masukkan air dalam badan dia tapi alhamdulillah lepas bagi ubat air demam dah makin krg. tapi terpaksa MEMAKSA la....en asben pegang tangan, ibunya buka mulut tapi dia kuarkan balik ubat tu. Hai buat letih je paksa dia...
Nasib baik saya gunakan strategi TERBAIK punya....haha. dapatla jugak akhirnya dia makan ubat tu tanpa kuarkan balik. Yela umo dah 4tahun, mesti la dah pandaikan. Nak tau apa strategi tu? hehe...lepas kitorg paksa tu, saya pun tipu dia nak bg air tapi dlam masa yang sama saya masukkan ubt kat dalam picagari tu ckit je. Maknanya ubat campur air, ltk ubt separuh dan air separuh. buat 3kali cukupla...pastu baru bg air yang betul...tu pun dia dah hampir nak perasan tapi nasib baik dia telan.
Masalahnya berak dan muntah, masih lagi berterusan so saya pun gunala en google. Saya terjumpa petua ni dan saya bagi dia try, alhamdulillah menjadi jugak. Saya bg dia semalam, hari ni tak muntah lagi. Nak tau apa petua tu? Ni nak share kat sini ni...air teh je. Jus kacau air teh macam biasa tapi letakkan seketul halia kat dalam air teh tu dan bagi dia minum.
Ibu, Iman dan Ika dah sihat alhamdulillah walaupun Ika (kak yong) masih lagi lemah badan dia tapi dh sihat ckit. Si en asben pulak sakit pinggang. Lepas balik main badminton semalam terus xleh tido...nak bangun pun xboleh. Aduyai, satu family kena uji ni...tadi dia pergi berurut dan masih xtau lagi result dia cane...so tunggu......haha..harap2 dia akan cepat sihat...
Ujian Allah nak bagi dalam sekelip mata sahaja. Kita sebagai hamba kena banyak sabar dan sentiasa ingat padaNYA...panjang sungguh entry saya hari ni kan...tapi tula apa yang terjadi lately pada kami sekeluarga. Dan dalam ramai2 yang sakit, kami paling risau Kak Yong sebab dia yang paling teruk sakit..Alhamdulillah semua dah makin sihat...Thanks God...
No comments:
Post a Comment