ASSALAMUALAIKUM.....
Lamanya tak makan ketupat sotong. Dulu masa kecik2 arwah nenek selalu buatkan, mmg sedap...nak pulak air tangan nenek yang sememangnya memikat selera anak cucu. Betul x? Jadi hari ni IZ plan nak buat ketupat sotong ni....jom kita tgk resepi yang sangat mudah ni.
Bahan-bahan
Sotong - 6 ekor (pilih sotong besar dan segar)
Gula melaka / Nisan - 3 keping
Beras pulut - 1 cawan
Santan - 1 kotak ( IZ guna santan kotak segera 250ml)
Daun Pandan - 1 helai
Secubit Garam
Air
Pencungkil Gigi
Cara-cara
Rendam beras pulut selama setengah jam. Bersihkan sotong dan masukkan beras pulut tadi separuh badan sotong, kemudian masukkan kepala sotong dan cucuk badan dan kepala sotong dengan pencungkil gigi sperti gambar di atas.
Ulang sehingga sotong habis. Kemudian masukkan dalam periuk dan masukkan santan, air ( letak air sehingga sotong tenggelam), nisan, garam dan daun pandan. Masak sehingga sotong dan pulut masak. Jangan masak terlalu lama sangat sebab nanti sotong akan jadi keras, tak sedap.
Caranya bila dh setengah jam atau lebih tu bolehla amik seekor sotong dan potong sedikit badan sotong tu, dan try la rasa sotong tu dh lembut atau tak..klu dah ok boleh la tutupkan api. Selamat mencuba...

p/s: mesti akan ada lebihan beras pulut yang tak habis masa isikan dalam badan sotong. so bolehla amik lebihan beras pulut dan masukkan ke dalam periuk dan masak sekali dgn sotong.
No comments:
Post a Comment