Tuesday, April 17, 2012

SAGU GULA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM......

Sagu gula melaka ni memang pebret IZ. Dulu2 pernah jugak buat tapi xmenjadi...haha, jadi lembik je sagu tu. Tapi kali ni IZ buat menjadi dan sedap dan cantik jugak...so entry kali  ni sagu gula melaka la sebab IZ buat menjadi.

Buat dalam kuantiti sedikit je sebab takut xmenjadi...dan sangat sesuai la kepada yang baru nak belajar buat resepi ni. Kalau xmenjadi xla membazir untuk diberi makan kepada tong sampah, tul x...haha..jom kita tengok resepi...



Bahan-bahan

Sagu - 1 cawan
Pewarna - ikut suka
Air - 2 cawan
Gula melaka / nisan - 1 keping
Gula
Santan - setengah kotak
Daun Pandan
Secubit Garam

Cara-cara

Bersihkan sagu kemudian masak dengan 2 cawan air, setengah cawan gula dan pewarna, masak sehingga pekat dan likat. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang diingini, sejukkan. Lepas tu masukkan nisan + air setengah cawan dan gula 2 sudu besar ke dalam periuk, kacau sehingga semua hancur. biarkan seketika.

Kemudian masak pulak santan + setengah cawan air + daun pandan + garam dalam periuk lain, biarkan sehingga mendidih. Tutup api. Bila semua dah siap dan sejuk, masukkan air gula melaka tadi ke dalam bekas sagu, kemudian masukkan pula santan.

 Bolehla di letakkan dalam peti sejuk atau nak makan terus pun boleh.

No comments:

Post a Comment