ASSALAMUALAIKUM....
Entry hari ni ialah sotong masak tomyam. Tapi sebab anak2 xsuka makan pedas so saya buat dua bahagian, 1 pedas, 1 lagi tak pedas. Memang menyelerakan bagi yang suka makan tomyam. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan
Sotong - setengah kilo
Carrot
Bunga Kubis
Serai - 2 batang
Bawang Putih - 2 ulas (cincang)
Bawang Besar - sebelah je (hiris)
Pes Tomyam - 2 sudu besar
Sos Tiram - 1 sudu besar
Sos Cili - 1 sudu besar
Daun Limau Purut - 3 atau 4 helai
Cara-caranya
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan pes tomyam, serai, daun limau purut, sos cili, sos tiram...tumis sekejap kemudian masukkan carrot, bunga kubis, dan sotong. Bolehla letak garam dan gula.
Biarkan mendidih dan sehingga sotong masak...air limau nipis tak perlu letak sebab biasanya pes tomyam dah masam.
Biarkan mendidih dan sehingga sotong masak...air limau nipis tak perlu letak sebab biasanya pes tomyam dah masam.
No comments:
Post a Comment