Saturday, September 1, 2012

MATI ITU PASTI

ASSALAMUALAIKUM....

 
 
Mati Itu Pasti. Ya betul, mati itu pasti. Apabila berbicara soal kematian secara automatik perasaan takut mula membelenggu diri. Pelbagai persoalan hadir dibenak fikiran. Adakah cukup amalanku? Adakah aku sudah bersedia? Apa yang akan berlaku di sana nanti? Bagaimana keadaan di sana nanti? Bagaimana dengan kehidupan anak2, suami dan keluarga aku selepas ketiadaan aku nanti? Semuanya menjengah difikiran.
 
Apabila teringat mati, apabila ada berita tentang kematian tak kira saudara mara, jiran atau sesiapa sahaja pasti ia akan meresap ke jiwa kita tentang diri sendiri. Macamana kita nanti? Bagaimanakah cara kematian kita? Ya Allah, semoga nyawaku dicabut dalam keadaan aku sedang melakukan amal ibadat kepadaMU Ya Allah, begitu juga dengan anak2 ku, suamiku, ibuku, keluargaku, sahabat2ku dan juga seluruh umat Islam. Semoga mati kami dalam keadaan beriman kepadaMU...AMIN.
 
Hari ini IZ menerima perkhabaran sedih dari kampung apabila jiran kami yang merupakan sahabat baik ibu IZ meninggal dunia. Pelbagai perasaan hadir menerjah. Tapi ketentuan takdir siapa kita untuk menolak. Rasanya baru semalam berjumpa dengan arwah, hari ini sudah tiada. Ibu IZ mengatakan bahawa arwah sakit dada sejak dalam bulan puasa lagi tapi arwah tak endahkan. Baru beberapa hari lepas arwah ke klinik dan doktor mengesahkan jantung. Kalau ada sesiapa antara kita yang merasa kurang sihat dan sakit di bahagian dada cepat2 la berjumpa doktor sebab penyakit jantung adalah pembunuh senyap.
 
Sebenarnya 3 minggu lepas sudah ada kematian di kampung IZ iaitu seminggu sebelum raya. Kemalangan berlaku antara motosikal dan pacuan 4 roda disebuah selekoh. Pacuan 4 roda itu membawa mercun dan membawa kereta dengan laju sebab sedang dikejar oleh pihak polis. Tak pasal2 diorang telah membunuh 1 nyawa. Kejadian itu dilaporkan sebagai langgar lari. 45 hari sebelum kematian mangsa, ibu arwah telah dulu kembali ke alam barzakh disebabkan penyakit kencing manis yang telah lama dihidapi.
 
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
 
Kita sebenarnya tidak sedar yang malaikat maut sentiasa memerhatikan kita. Takutkan...tapi kita sebagai manusia sentiasa lalai dan alpa. Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan sentiasa mengingati mati. Nasihat ini adalah untuk diri IZ sendiri yang masih lagi kurang ilmu didada untuk bertemu ALLAH s.w.t. Ya Allah, semoga aku sentiasa di dalam rahmatMu..Amin.
 
 

No comments:

Post a Comment