ASSALAMUALAIKUM....
Allahuakbar...apabila berbicara tentang duit x akan pernah habis dan ada yang sampai bergaduh, bermusuhan malah berbunuhan hanya kerana duit. Keluarga pun boleh berpecah belah hanya kerana duit. Begitu besarnya penangan duit kan...
Bagi orang kaya raya duit bukan masalah utama. Diorang ada bisnes juta2, masuk sana masuk sini. Tekan je atm, xpun tulis cek je senang...duit xhabis nak makan tapi tetap bergaduh sesama sendiri kerana berebutkan harta.
Tapi lain pula bagi orang miskin. Diorang mengerah keringat mencari rezeki demi sesuap nasi. Itu bagi yang menoreh getah, buruh binaan. Bagaimana pula bagi mereka yang hanya berbisnes kecil-kecilan di kawasan kampung yang tinggal beberapa ratus orang penduduk shj? Tapi yang membuka bisnes runcit, kedai makan banyak sehinggakan pendapatan hanya cukup2 makan. Ada 1 kedai makan hanya mendapat rm20 shj sehari kerana persaingan dengan kedai lain. Pelanggan yang datang hanya beberapa orang.
Itu belum lagi dengan hutang2 yang wujud dikalangan mereka. Ada yang membuat pinjaman dengan TEKUN, AMANAH untuk pusing modal tapi kekadang pinjaman habis digunakan, untungnya xada. Alangkah tertekannya mereka. Dengan pendapatan sebegitu bagaimana rakyat boleh maju? Bukan mengharapkan untuk hidup senang lenang tapi memadailah sekadar hidup sederhana dengan pendapatan yang sentiasa cukup.
Bagaimana pula dengan mereka yang sangat daif, tidak berupaya, dan macam2 lagi keadaan yang berbeza yang tidak memungkinkan mereka untuk mencari rezeki? Alangkah kesian kan? Kita yang xde duit ni tengok jela kan...huhu, doakan untuk mereka. Moga mereka diberi rezeki yang melimpah ruah dari Allah.
Andai IZ ni seorang jutawan...huh, koya kejap..heheh. Akan IZ bantu diorang...eh bantu siapa? Bantu family IZ la, family IZ bukan orang senang. Tu kadang2 terfikir juga ingin membantu tapi bagaimana? IZ sendiri pun tidak bekerja. Hanya dengan iringan doa selepas solat shj la bantuan yang dpt IZ beri pd mereka. Alhamdulillah suami IZ kerja tetap. Walaupun tidak senang lenang tapi hidup kami cukup dengan rezeki Allah. Tidak berhutang sana sini.
Pengajaran dari cerita di atas adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup walaupun susah tapi sentiasa ingat Allah ada untuk kita. Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan ujian itu dpt dipikul oleh hambaNYA.
No comments:
Post a Comment