Wednesday, September 26, 2012

HOBI EN. SUAMI

ASSALAMUALAIKUM

Entry kali ni perihal hobi en suami IZ yang tercinta...hehe. Dari mula kenal sampai sekarang hobinya xpernah ilang. Dari hobi bersukan hingga pelihara binatang. Sampaikan anak2 IZ pun dah terikut perangai abah diorg terutama anak ke2 IZ, Iman. Sangat sukakan binatang.

Mula2 kenal dulu IZ tau hobi en suami ni suka main badminton. Masa kitorg mula2 kawin mmg IZ rasa x best sgt time en suami g main badminton malam2. Yela kita duk sowang2 kat umah, sangatla boring...tapi kadang2 IZ ikut gak en suami g kat dewan badminton. Tapi xleh duk lama sebabnya boring giler, sume lelaki, panas, ngantuk dan macam2 lagi la.
 
Tapi sekarang IZ dah xikut dh en suami g main badminton sebab dah ada anak2 sebagai peneman. En suami IZ ni suka sangat bela binatang. Dulu dia pernah bela kala jengking, belut, eee takut je...lepas IZ pegnen dia terus lepaskan sume tu.
 
Sekarang ni lak dia membela burung, adala dalam 10 ekor...dah beranak pinak dah pun, burung cocktail. Nak tau cane burung cocktail? hehe...ni anak lagi, bulu pun belum hbs tumbuh lagi.

 
Comel kan? hehe...
 
Hari tu en suami jumpa telur ular tedung. Ada dalam 10 biji xsilap, suami IZ bela sampai semua menetas. Bila semua dah menetas suami IZ bagi makan cengkerik kemudian lepaskan kat sawah padi tapi jauh dari sini r, kat terengganu. Anak2 ular tu dah tukar alamat r dari Kelantan ke Terengganu...haha.
 
Nak ikutkan suami IZ ni suka kat semua jenis binatang terutama jenis yang comel2, macam hamster. Kitorg pernah gak bela arnab, ikan, kura2. Best sebenarnya bela binatang ni tapi kalau mcm arnab xboleh r sebab bau busuk. Ikan still bela lagi, nanti duk umah baru leh r cari akuarium yg besar n ikan y comel2...hehe.
 
Sekarang ni anak2 IZ sangat sukakan binatang terutama Nasrul Iman. Kalau dia nampak je kucing ke, kambing ke, lipas ke, tikus ke, mest dia nak sentuh even semut sekalipun. Hmm macam2...terlebih berani. Hari tu dia nampak kumbang yang belang hitam oren tu terjatuh kat lantai, punya la suka dia tengok. Nasib baik dia xsentuh dgn tangan, kalau x ke hospital la jwbnya. Kalau ada rama2 masuk dalam rumah, sampai lembikla rama2 tu dia kejar sana sini.
 
Gitula alkisah bab hobi ni....ok dah hbs citer...haha
 


Tuesday, September 25, 2012

YEAY..YEAY...DH DPT IC BARU

ASSALAMUALAIKUM....
 
ni bukan ic IZ yer....from en google

Sebenarnya dah lama IZ nak tukar IC baru tapi asyik tertangguh je. Kebetulan kerajaan dah war2kan supaya tukar IC lama kepada IC baru, lagila terasa nak tukar. Lagipun IC IZ dah buruk, plastik luar pun dah nak tercabut...huhu. IC tu dah lama, dari zaman sekolah lagi.
 
Hari khamis 20 sept 2012 IZ dan en suami gi kat bangunan wisma untuk buat IC. Kebetulan masa tu orang x ramai, kul 2 ptg.....cepat je proses buat IC tu. Bayar rm10 jer. Masa tengah nak posing amik gambar ( ceh, pdhl amik muka je ) IZ asyik nak tergelak je. Yela en suami duk agah2, anak lak duk main kat sebelah, cane x tersenyum...IZ ni xblh kalau org duk agah2, mula r nk senyum..hehe, nasib baik makcik kaunter tu baik. Dgn dia skali duk tersengih...dua kali amik gmbr br jd.
 
Pastu giliran en suami lak...siap. Makcik kaunter tu cakap hari isnin 24 sept 2012 boleh dtg amik. Mak ai cepatnya..klu dulu bukan main lg lambat kan. Teknologi dah canggih skrg ni.
 
So, hari isnin 24 sept tu kitorg pun g amik la IC tu. Wahhh....bukan main cantik lagi IC baru IZ, nak lak tuan empunya diri dah cantik, lg la cantik IC tu...kahkah...itu komen IZ pestaim tgk IC baru. Reaksi en suami lak..."ala tembamnya pipi abg"...haha...jd fhm2 sdri la yer...

Sunday, September 23, 2012

KUBIS GORENG IKAN BILIS

ASSALAMUALAIKUM....

En3 kali ni pulak pasal sayuran yang banyak khasiat ni, ada vitamin A, C, B, dan E. Jadi molek sangatla kami 1 family suka sangat makan sayur kubis ni. Dah la sedap, banyak khasiat pulak tu. Biasa IZ masak lemak putih, letak dalam tomyam dan goreng letak ikan bilis.


Bahan-bahan:

Kubis - sebelah pastu bahagi 2 lak
Isi Ayam
Bawang Putih - 1 ulas
Bawang Merah - 2 ulas
Cili Merah Besar - 1 biji
Ikan Bilis - 1 segenggam
Air
Sos Tiram
Sos Nampla
Garam
Gula

Cara-caranya:

Potong kubis kecik2, basuh dan toskan. Bawang putih dan bawang merah dihiris kemudian tumis hingga naik bau dan boleh masukkan isi ayam. Tumiskan seketika dan masukkan ikan bilis yg telah dibersihkan. Masukkan kubis dan kacau seketika, masukkan cili merah, sos tiram, sos nampla, garam, gula dan sedikit air.
 
Goreng sehingga kubis agak layu atau sehingga masak. Rasa dulu mcmna barula tambah apa yg kurang. Dah setel leh hidangkan...siap. hehe

AYAM GORENG KUNYIT

ASSALAMUALAIKUM..

IZ ni kalau pergi makan kat luar selalu gak order ayam goreng kunyit ni. Tapi ada gak yang tak menepati citarasa tekak IZ yang mewah ni...cewahhh...ada kedai tu msk masakan ni rasa masin yg amat, kedai lain lak xrasa apa pun...tapi ada 1 kedai ni rasa dia sgt sedap. Sekarang ni kena berjimat cermat la sebab tengah renovate umah, hehe...so makan kat umah la hari2. IZ masak xdela sedap sangat mcm kat restoran tu tapi bolehla, sedap la jugakkan...xdela rasa masin, payau sume...hehe...
 


Bahan-bahan:

Ayam - bahagian isi dan tulang (potong kecik2)
Bawang Merah Besar - 1 labu
Kacang Panjang - 4 batang
Cili Merah / Cili Padi - ikut suka byk mana
Kunyit Mesin
Sos Tiram
Sos Nampla
Garam
Aji

Cara-caranya:

Mula2 bersihkan ayam dan perapkan dengan garam, aji dan kunyit mesin. Pastu panaskan minyak dan goreng ayam hingga agak masak. Kemudian bolehla masukkan kacang panjang, cili padi, sos tiram, sos nampla tadi dan goreng hingga semua masak. Bolehla hidangkan...sgt mudahkan.

Saturday, September 22, 2012

RUTIN MINGGUANKU

ASSALAMUALAIKUM....
 
Setiap hari sabtu rutin IZ pun bermula sebagai seorang ibu dan isteri. Tapiiiiiiiiiiiii.....haa jgn igt hari minggu saja tugas seorang surirumah ni berjalan, SETIAP HARI ok. Tugas rutin IZ pada hari sabtu ialah iron baju suami dan anak. Untuk en suami uniform kerja dan untuk k.yong ialah uniform sekolah.
 
Masa mula2 kawin dulu just uniform en suami je yang perlu diiron, sekarang sudah bertambah sepasang lagi...hehe. Tapi biasala kita sebagai manusia biasa ni kadang ada gak singgah perasaan malas tu. Biasa waktu malam baru IZ iron semua uniform tu, ala bukan banyak pun 2 pasang sorg je. Tapi yela kalau dah perasaan malas tu datang, xleh nak kata apa dah.
 
Sudahnya pagi esok la jawabnya baru iron. Kadang2 en suami yang iron sendiri, hehe. Dia tau isteri dia bz, bz dgn anak2...bz layan tv. Tapi akan timbul rasa bersalah pulak dalam diri IZ ni bila xsetelkan kerja yg dah biasa kita buat. So setiap minggu IZ akan pastikan IZ akan siapkan semua kelengkapan untuk diorg.
 
Isteri Mithali..hehe.

Wednesday, September 19, 2012

RUMAHKU PART 1

ASSALAMUALAIKUM....
 
ha ni la umh IZ, tp tgga jela. haha..full pict next en3 k
 
Hehe...IZ sekarang ni dlm proses renovate umah. Baru je beli tapi umah lama la tapi xde org duduk lg umh tu tapi owner dia nak jual...byknya tapi, heheh...so kitorng pun beli la umah tu dan dah jadi milik kami pun. Cuma sekarang tengah renovate ckit, sambung depan belakang.
 
Kelmarin gi survey pintu dan dah order pun frame dan pintu bilik. Pintu depan belum lagi, sedang mencari yang berkenan di hati. Hari ni lak gi survey mozek. Banyak buah kedai gak la kitorng pergi. Tapi kebanyakkan sama je pattern nya. Cuma harga je la lain2. Dah ada yang berkenan untuk mozek ruangtamu tapi xorder lg, tengok2 dulu. Untuk mozek dapur je belum jumpa yang berkenan, mozek kat porch pun dh jumpa y berkenan.
 
Hmm...pening gak kan nak pilih mozek ni. Susah nak jumpa yang berkenan di hati. Yang dh jumpa tu pun kalau nk kira xmenepati lg citarasa tapi dh xde yg lain dh. Tgk kedai tu sm, kedai ni sm....huhu. Tapi esk ada lg kedai mozek yg kitorg nk pergi, so harap2nya ada yg menepati citarasa dan harga la kan...
 
Pintu depan pun sm. Susah nak jumpa y berkenan. IZ ni xsuka jns pintu yg ada cermin ni..kalau boleh nk yg simple je, yg xmenonjol sgt, biasa2 je. Biar sume kayu dan ada corak2 ckit dh ok. Hmm kena mencari lg la nih....

DUIT DIUT MANA KAU DUIT....????

ASSALAMUALAIKUM....
 
 

Allahuakbar...apabila berbicara tentang duit x akan pernah habis dan ada yang sampai bergaduh, bermusuhan malah berbunuhan hanya kerana duit. Keluarga pun boleh berpecah belah hanya kerana duit. Begitu besarnya penangan duit kan...

Bagi orang kaya raya duit bukan masalah utama. Diorang ada bisnes juta2, masuk sana masuk sini. Tekan je atm, xpun tulis cek je senang...duit xhabis nak makan tapi tetap bergaduh sesama sendiri kerana berebutkan harta.

Tapi lain pula bagi orang miskin. Diorang mengerah keringat mencari rezeki demi sesuap nasi. Itu bagi yang menoreh getah, buruh binaan. Bagaimana pula bagi mereka yang hanya berbisnes kecil-kecilan di kawasan kampung yang tinggal beberapa ratus orang penduduk shj? Tapi yang membuka bisnes runcit, kedai makan banyak sehinggakan pendapatan hanya cukup2 makan. Ada 1 kedai makan hanya mendapat rm20 shj sehari kerana persaingan dengan kedai lain. Pelanggan yang datang hanya beberapa orang.

Itu belum lagi dengan hutang2 yang wujud dikalangan mereka. Ada yang membuat pinjaman dengan TEKUN, AMANAH untuk pusing modal tapi kekadang pinjaman habis digunakan, untungnya xada. Alangkah tertekannya mereka. Dengan pendapatan sebegitu bagaimana rakyat boleh maju? Bukan mengharapkan untuk hidup senang lenang tapi memadailah sekadar hidup sederhana dengan pendapatan yang sentiasa cukup.
 
Bagaimana pula dengan mereka yang sangat daif, tidak berupaya, dan macam2 lagi keadaan yang berbeza yang tidak memungkinkan mereka untuk mencari rezeki? Alangkah kesian kan? Kita yang xde duit ni tengok jela kan...huhu, doakan untuk mereka. Moga mereka diberi rezeki yang melimpah ruah dari Allah.

Andai IZ ni seorang jutawan...huh, koya kejap..heheh. Akan IZ bantu diorang...eh bantu siapa? Bantu family IZ la, family IZ bukan orang senang. Tu kadang2 terfikir juga ingin membantu tapi bagaimana? IZ sendiri pun tidak bekerja. Hanya dengan iringan doa selepas solat shj la bantuan yang dpt IZ beri pd mereka. Alhamdulillah suami IZ kerja tetap. Walaupun tidak senang lenang tapi hidup kami cukup dengan rezeki Allah. Tidak berhutang sana sini.

Pengajaran dari cerita di atas adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup walaupun susah tapi sentiasa ingat Allah ada untuk kita. Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan ujian itu dpt dipikul oleh hambaNYA.

Sunday, September 16, 2012

IKAN KELI MASAK LEMAK CILI API YANG TAK BERAPI

 
ASSALAMUALAIKUM.....
 
Sape kt sini yang suka makan ikan keli? hehe...sedap tau, isi dia lembut je. IZ dan family sangat2 suka makan ikan keli ni. Kalau bukan goreng, IZ masak lemak cili api tapi xletak cabai la sebab anak2 nak makan.
 
 
Bahan-bahan:

Ikan Keli - 3 ekor
Bawang Merah - 4 ulas
Bawang Putih - 1 ulas
Kunyit Hidup - setengah inci
Serbuk Kunyit - setengah sudu teh ( nk bg nmpk kuning )
Cili Padi - 3 biji ( IZ x letak )
Lengkuas - hiris nipis je
Asam Gelugur - 1 keping
Santan - IZ guna santan kotak 200ml
Bendi
Lada Besar - 2 biji
Garam dan Gula

Cara-cara:

Bersihkan ikan keli dan rendam dengan air garam, biarkan seketika kemudian basuh dan toskan. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas dan cili padi sehingga hancur. Dalam periuk satukan ikan keli, bahan tumbuk, asam gelugur, serbuk kunyit dan santan.
 
Biarkan sehingga mendidih dan boleh la masukkan bendi, garam dan gula.Biarkan seketika dan rasa la tahap kemasinan dan kemanisan nya...hehe. Boleh la angkat.

Wednesday, September 12, 2012

SAMBAL MANGGA MUDA


ASSALAMUALAIKUM.....

Sape suka sambal pauh ni angkat tangan...haha. Kat klate orang panggil sambal pauh, sedap. Memang berselera la makan nasi. Xnak citer banyakla...jom terjah resepi mudah ni.


Bahan-bahan

Mangga Muda - 5 biji
Ikan Kering - 5 ekor ( IZ guna ikan gelama yang sudah dibelah dua)
Cili Padi - 5 biji
Ikan Bilis - IZ guna resepi ikan bilis rangup ( dh ada dlm entry sblm ni ), just tumbuk je ikn bilis tu
Garam dan aji...letak ckit je

Cara-caranya:

Buang kulit mangga muda tadi dan sagat. Kemudian ikan kering di goreng dan diasingkan tulang dan isi. Tumbuk isi ikan kering, cili padi hingga hancur. Gaulkan semua sekali bahan2 di atas. Siap.....mudahkan..
 
 

IKAN BILIS RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...
 
IZ ni sebenarnya penggemar ikan kecik ni, ikan bilis. Hubby dan anak2 pun sama, semua suka. Xkirala goreng garing ke, sambal bilis petai ke asal bilis je. Jadi di sini IZ nak kongsikan resepi ikan bilis my febret ni...
 
 
Bahan-bahan
 
Ikan bilis - 2 genggam
Bawang Merah - 5 ulas
Cili Padi - 5 biji
 
Cara-caranya:
 
Goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan minyak. Kemudian tumbuk bawang merah dan cili padi tadi sehingga agak2 hancur je, jgn jancur sangat. Tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga agak garing, jgn garing sangat tau..pastu masukkan je ikan bilis tadi. Gaul rata dan siap...hehe, mudahkan...
 
tumbuk mcm ni je, jgn hancur sangat
 
goreng bawang hingga agak garing tapi jangan sampai terlalu garing, kalau boleh kaler nya sebelum kaler dalam gmbr ni, hehe...dh terlebih ckit.
 
ikan bilis yg sebesar ni je sedap, kalau besar sgt xsdp n kecik sgt pun xsdp gak...
 
p/s: kalau letak ubi kentang pun sedap gak...potong wedges, pastu goreng hingga masak dan campur skali dalam ikan bilis ni.

KERABU KAKI AYAM

ASSALAMUALAIKUM.....
 
Lama dah xmakan kerabu kaki ayam ni. Sebenarnya ni menu dalam bulan puasa hari tu lagi, hehe. Sedap kerabu kaki ayam ni tapi untuk penggemar kaki ayam jela. Kaki ayam ni IZ beli kat pasaraya, ni kalau beli kat bazar ramadhan semangkuk kecik je dah rm5 tau, mahal..makan pun xpuas. Beli buat sendiri lagi puas hati.
 
sedapnya..ratah gitu pun sedap
 
Bahan-bahan
 
Kaki Ayam - setengah kg (dh dibuang tulang)
Bawang Merah Besar - 1 ulas
Serai - 2 batang
Cili Padi - 5 biji (nk pedas tambah lg)
Tomato - 1 biji
Bawang Putih Jeruk - 2 labu
Limau Nipis - 2 biji
Cuka Makan - 2 sudu makan
Daun Ketumbar
Garam
Gula
 
Cara-caranya:
 
Basuh kaki ayam sebersihnya dan rebus sehingga masak, sekejap je rebus sebab kaki ayam yg dh dibuang tulang cepat empuk.. Tos kan airnya. Bahan2 lain selain kaki ayam, gula dan garam dihiris kecil2 kemudian disatukan dengan kaki ayam tadi. Gaulkan semua sekali, rasa biar ada masam, manis n masin. Kalau kurang masam boleh tambahkan cuka atau limau nipis. Selamat mencuba.
 
p/s: kalau xde kaki ayam yang dh dibuang tulang, boleh je guna kaki ayam yg ada tulang tapi pastikan rebus sehingga betul2 empuk.

 
 


JAMUAN RAYA K.YONG

ASSALAMUALAIKUM....

Syawal masih lagi bersama kita tapi suasana raya tu dah makin berkurangan. Ni bagi IZ la...sebab kat cni rumah terbuka orang buat masa awal2 raya je, dekat nk habis syawal ni dah xde dah. Tapi pihak sekolah k.yong ada buat majlis ziarah rumah ke rumah anak2 murid sempena bulan syawal ni. So sebagai tuan rumah kena la menjamu selera untuk budak2 n cikgu ni...hehe tapi xpe IZ suka....
 
Rumah IZ adalah rumah ke-7 dalam list diorang. IZ mula2 plan nak buat mee soto, pahtu xjd sebab rumah2 yang sebelum ni sume buat mee, bihun, kue teaw. So, IZ pk mest budak2 dah muak kan asyik makan mee je. JAdi IZ pun tukar la buat laksa je. Tapi laksa pun budak2 xmkn sangat kan, xpela lagipun IZ invite gak jiran2 tetangga ni. Kira rumah terbuka la kan sekaligus.

IZ goreng hotdog, kepok lekor, nugget, ubi kentang tapi yang hbs dulu hotdog r
 
 
ni semua bukan IZ yang buat, tempah je....hehe
 
ni kira besfren k.yongla....
 
 
punyala riuh rumah IZ dgn suara budak2 ni...
 
utk redakan suasana IZ buka citer upin ipin, terus senyap...haha
 
 
Hmm...gitula budak2 kan, kalau x bising x sah. Tapi rasa pening kepala kejap masa budak2 datang tu. Terfikir gak cane la kalau IZ jadi cikgu, mau pengsan nak layan budak2 ni. Apapun alhamdulillah semua dah setel, makanan pun habis licin.
 
 
 
 


Saturday, September 1, 2012

MATI ITU PASTI

ASSALAMUALAIKUM....

 
 
Mati Itu Pasti. Ya betul, mati itu pasti. Apabila berbicara soal kematian secara automatik perasaan takut mula membelenggu diri. Pelbagai persoalan hadir dibenak fikiran. Adakah cukup amalanku? Adakah aku sudah bersedia? Apa yang akan berlaku di sana nanti? Bagaimana keadaan di sana nanti? Bagaimana dengan kehidupan anak2, suami dan keluarga aku selepas ketiadaan aku nanti? Semuanya menjengah difikiran.
 
Apabila teringat mati, apabila ada berita tentang kematian tak kira saudara mara, jiran atau sesiapa sahaja pasti ia akan meresap ke jiwa kita tentang diri sendiri. Macamana kita nanti? Bagaimanakah cara kematian kita? Ya Allah, semoga nyawaku dicabut dalam keadaan aku sedang melakukan amal ibadat kepadaMU Ya Allah, begitu juga dengan anak2 ku, suamiku, ibuku, keluargaku, sahabat2ku dan juga seluruh umat Islam. Semoga mati kami dalam keadaan beriman kepadaMU...AMIN.
 
Hari ini IZ menerima perkhabaran sedih dari kampung apabila jiran kami yang merupakan sahabat baik ibu IZ meninggal dunia. Pelbagai perasaan hadir menerjah. Tapi ketentuan takdir siapa kita untuk menolak. Rasanya baru semalam berjumpa dengan arwah, hari ini sudah tiada. Ibu IZ mengatakan bahawa arwah sakit dada sejak dalam bulan puasa lagi tapi arwah tak endahkan. Baru beberapa hari lepas arwah ke klinik dan doktor mengesahkan jantung. Kalau ada sesiapa antara kita yang merasa kurang sihat dan sakit di bahagian dada cepat2 la berjumpa doktor sebab penyakit jantung adalah pembunuh senyap.
 
Sebenarnya 3 minggu lepas sudah ada kematian di kampung IZ iaitu seminggu sebelum raya. Kemalangan berlaku antara motosikal dan pacuan 4 roda disebuah selekoh. Pacuan 4 roda itu membawa mercun dan membawa kereta dengan laju sebab sedang dikejar oleh pihak polis. Tak pasal2 diorang telah membunuh 1 nyawa. Kejadian itu dilaporkan sebagai langgar lari. 45 hari sebelum kematian mangsa, ibu arwah telah dulu kembali ke alam barzakh disebabkan penyakit kencing manis yang telah lama dihidapi.
 
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
 
Kita sebenarnya tidak sedar yang malaikat maut sentiasa memerhatikan kita. Takutkan...tapi kita sebagai manusia sentiasa lalai dan alpa. Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan sentiasa mengingati mati. Nasihat ini adalah untuk diri IZ sendiri yang masih lagi kurang ilmu didada untuk bertemu ALLAH s.w.t. Ya Allah, semoga aku sentiasa di dalam rahmatMu..Amin.