Monday, October 15, 2012

CERAI SUSU IMAN PART 1

ASSALAMUALAIKUM.....
 
Aaahhhh xsanggup rasa nk cerai susu iman ni....tapi nak wat cane dah memang patut kena lepaskan dah, lagipun iman dah 2 tahun 3 bulan. Hari tu dah try dah nak pisahkan susu ni tapi xberjaya daaaa...hehe. Sebenarnya memang penat bagi susu badan ni..bukan niat IZ nak mengungkit, tidak sama sekali. IZ dengan rela hati dan seikhlas mungkin bagi susu original untuk anak2 IZ agar diorg dapat zat yang secukupnya dan khasiat yang sangat bernilai ni.
 
Tapi bila anak dah masuk 2 tahun, diorg dah pandai berkasar time nak nenen. IZ ni suka bagi susu time tengah baaring, lebih selesa begitu. Iman lak kalu time susu kejap belah kiri kejap belah kanan, kejap dia gi main pastu datang susu balik, siap dia pusing2 kepala time puting dalam mulut...hadoi sakit wooo...pastu time nenen belah kiri tangan duk menggotel yang belah kanan.
 
Kadang terasa la penat tu....tapi dalam masa yang sama rasa kelakar, rasa sangat bahagia, rasa sangat rapat dgn anak, rasa sangat manja dgn anak dan macam2 perasaan ada..perasaan sayang tu makin bertambah2. Kadang tu dia elok2 duk main, kita lak yang sengaja panggil dia..."iman, mai nenen meh"...haha...dia pun apalgi pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya..suka sangat.
 
Sebenarnya macam2 cara dah IZ buat nak pisahkan susu iman ni...IZ dah kurang baring, kalau baring kompem dia akan nenen. Asam jawa pun dah letak, xjalan. IZ tumbuk gula melaka + bawang putih, xjalan gak. Kalau letak gincu ke apa2 benda nak bagi nampak kotor, sakit ke apa kompem xjln punya, IZ kenal sgt la si iman ni.
 
Pagi tadi IZ pergi jumpa sorang makcik ni, akak sebelah umah cakap biasa jadi dgn makcik ni. So IZ pun nak try r....makcik ni sapu something kat nenen tu sambil baca ayat2 la...keputusannya masih xtau lagi sebab sekarang ni iman sedang tido. Tengok r nnt cane...harap menjadi la kali ni...insyaallah, sume dgn izin Allah...kita hanya berusaha..tul x?
 
Ok nnt kita tengok apa keputusan yang akan IZ dapat....huhu

No comments:

Post a Comment