Wednesday, May 9, 2012

Pertama Kali Memasuki Alam Persekolahan

Assalamualaikum......


CUN TAK ANAK SULUNG IZ? HEHE...NI LA ALISYA


Rasanya ramai kaum ibu di luar sana yang mengalami masalah seperti IZ ni. Pengalaman anak2 yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan. Sebenarnya anak sulung IZ baru berusia 4 tahun tapi IZ dah hantar ke sekolah. Sebabnya anak IZ ni tak bercakap dengan orang yang dia tak kenal. Kalau dalam rumah ni memang suara dia jela yang bising potpet potpet, sangat suka bercakap sampai IZ bagitau dia supaya diam. Pelikkan? Bila depan orang lain terus terkunci rapat mulut dia, tanyala apapun dia takkan jawab. Lagi satu sebab IZ nak dia berkawan, bergaul dengan kawan2 yang sebaya dengan dia.

Hari pertama persekolahan dia main2 dgn kwn2 baru dan cikgu2, so IZ pun balik senyap2 tanpa dia tahu ibu dia dah balik...hehe. Senang bukan? Tak sesenang itu kawan2....masa mula2 sampai kat sekolah tu dia tak nak lepas IZ ni, duduk atas riba ni tak nak bangun langsung. Puas pujuk tetap tak jalan. Lama2 tu makin ramai yang datang daftar, pastu dia main...ha lps tu la IZ cabut balik umah. Fuh lega, dapat jugak IZ melepaskan diri. Tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa susahnya hati ni tinggalkan dia kat sekolah dengan kawan2 yang dia tak kenal tapi kita kena kuatkan semangat. Ok hari pertama dah setel.

Hari kedua pulak. Haaa yang ni memang mencabar la sebab dia dah tahu kita akan tinggalkan dia kat sekolah. Memang nangis tahap gaban la dia tak nak jugak lepas IZ balik ni. Tak tau nak buat cane ni....tapi last2 IZ tinggalkan macamtu je, biarla dia nangis pun. Kesian memamg kesian, ikut hati memang nak bawa dia balik umah je..kalau boleh tak nak bagi dia pergi sekolah pun tapi sampai bila kan? Tak kan nak terperuk je dalam rumah xde kawan2, tak bercakap dgn orang.

Minggu pertama macamtu la hari2, nangis je. Minggu kedua pun macamtu jugak sampai tak nak bangun pagi pergi sekolah. Tak nak mandi sampai IZ kena angkat dia bangun bawa pergi masuk dalam bilik air. Dalam bilik air pulak dia siap berguling2 sambil nangis, IZ pun siram dengan air suam sambil dia berguling2...haha, teruk tak IZ ni? tapi nak buat cane, terpaksa buat macamtu gak. Kalau tak, tak pergi sekolah la dia.

Sekarang ni dah bulan 5, ok la sikit dari dulu. Dia dah jumpa kawan2, dah ok dengan teacher dia. Bangun pagi pun dah ok. Tapi satu je masalah, dia still lagi tak bercakap dengan kawan2 dan teacher. Kalau teacher tanya dia just angguk dan geleng kepala je. Kalau dengan kawan2 lak dia just main je. Tapi kalau sekali dia bersuara, semua kawan2 dia rasa pelik dan terus bgtau teacher, "teacher, Alisya bercakap"...haha, kelakar je rasa.

Walaupun dia tak bercakap di sekolah, bila balik rumah apa yang teacher dia ajar, dia akan sebut satu persatu. Mulut dia non-stop, menghafal apa yang teacher dia ajar, semua dia akan ulang balik. Contohnya: 7 hari dalam seminggu (ahad-sunday, isnin-friday sampai hari sabtu), anggota badan in english, lagu negaraku, doa makan after n before, dan macam2 lagi. Tapi bila tanya teacher, teacher akan jawab dia xsebut pun kalau kat sekolah. Unik betul anak IZ ni kan? haha....

Kalau sudi share la pengalaman anda pulak kat luar sana perihal tajuk IZ ni...hehe, mana tau ada yang lebih teruk dari ni...kihkih...

Hidup Di Kawasan Perumahan @ Taman

Assalamualaikum....




IZ sebenarnya adalah orang kampung, seorang yang sangat suka akan kedamaian, ketenangan hidup di kampung sebab dah memang terbiasa hidup begitu. Sangat sukakan jiran2 yang sangat baik hati. Dulu bila bangun pagi2 nasi bungkus dah tersedia di atas meja, petang2 duduk atas "geghe" sambil borak2 kosong sambil makan coleh pauh....fuh nyamannya. Nak balik ke zaman kanak2 je rasa...nape la masa tidak boleh diundur kembalikan?

Kini bila dah kawin semuanya berubah. Terpaksa berpindah ke kawasan perumahan. Mula2 datang sini memang rasa sangat tidak best, rasa macam duduk sorang2 je. dah xde geghe macam kat kampung, duduk bawah pokok rambutan sambil melayan fikiran merenung masa depan. Dekat sini kalau buka pintu terus nampak jalan. Xde ruang tanah untuk bercucuk tanam, angin sepoi2 bahasa pun dah xde sebab belakang depan semua rumah.

Sekarang dah hampir 6 tahun IZ di sini. Tapi masih lagi rasa tidak best, bukannya sebab jiran2 xbaik tapi sebab suasana yang tidak sama dengan suasana di kampung. Nak tinggal di kampung jauh pulak dgn tempat hubby kerja so terpaksala tinggal kat sini. Tapi tinggal beberapa bulan lagi family IZ akan tinggal kat rumah ni, lepas raya nanti akan berpindah ke rumah sendiri tapi di dalam kawasan taman ni jugak. Kebetulan ada org nak jual dengan harga yang agak murah dari harga pasaran. Nampak gayanya memang akan jadi org kat sini la. Suka tak suka terpaksa terima sebab sekarang ni bukan senang nak cari rumah yang murah.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Masih ramai lagi orang di luar sana yang tiada rumah sendiri. Hidup menyewa, kalau tuan rumah nak duduk rumah tu terpaksa cari rumah lain pulak, tak pun kalau hubby kena pindah tempat kerja kena pindah rumah jugak. Begitula resam kehidupan.