Thursday, October 31, 2013

POPIA ISI KETAM / CRABSTICK

ASSALAMUALAIKUM...

Biasa kalau petang2 mesti perut akan terasa lapar kan..kebetulan kulit popia ada lagi dalam peti dua peket. Sebenarnya kulit popia ni dah bertapa dalam peti sejak raya aidilfitri lagi...hehe. So dari terus biarkan dia bertapa, IZ try godek2 resepi yang sesuai dengan kulit popia dan pastinya bahan tu kena ada kat umah la.

Kebetulan masa pergi super market hari tu IZ ada beli isi ketam ni. So apalagi acara makan petang akan terhidangla. Banyak sangat tengok blog orang sampai lupa apa nama blog tu yang ada resepi ni tp salah satu yang paling diingatan ialah MyResepi. IZ tempek kat cni la ek...time kasih MyResepi yang terlalu banyak sangat ilmu masakan kat situ.

Resepinya sangatla mudah. Just gulung isi ketam tu dengan kulit popia pastu lekatkan dengan air dan boleh terus goreng. Sedap sangat...tak ada sos pencicah pun no hal.


Haa nampak menyelerakan tak? Pejam mata pun boleh buat ni...try la. Kompem jadi...hehe.

Ok tu je tuk hari ni.